Perkahwinan
Wednesday, 14 January 2009
Untuk kali kesembilan, hari ini, Munirah meneliti senarai tetamu jemputan. Setiap nama diteliti dan kemungkinan ada beberapa nama baru hendak ditambah. Setelah itu dibelek-beleknya pula contoh"potpourri" yang bakal dijadikan cenderahati untuk dibawa pulang oleh para tetamu nanti. "Hai tak tidur lagi?" Terkejut, Munirah berpaling. "Mama ni, buat terkejut orang je. Tak boleh nak lena lah mama. Banyak hal yang belum selesai.' "Ala ... Bukan nak kenduri esok. Dua bulan lagi. Tidurlah.
Esok nak kerja. Nanti lena pulak depan pelajar," nasihat ibunya dengan lembut. "Oklah Mama tidur dulu. Sekejap lagi Irah tidur." Rahimah berlalu meninggalkan Munirah terkebil-kebil menatap potpuri yang masih di tangannya. ,Walaupun masih ada masa dua bulan untuk menyempurnakan persiapan perkahwinannya, namun Munirah cukup cemas. Dia tidak mahu kendurinya nanti ada sebarang kekurangan atau cacat cela yang bakal mengundang umpat keji saudara mara.
Dia perlu jaga statusnya sebagai seorang pensyarah. Munirah terkenangkan bakal tunangnya, Razak yang kini sedang berkursus di Selatan tanahair. Dia telah menjalinkan hubungan dengan Razak sejak di tahun pertama waktu sama-sama menuntut di sebuah universiti yang sama. Hanya setelah masing-masing tamat pengajian dan memulakan karier, barulah mereka mengambil kata sepakat untuk mendirikan rumahtangga. Setelah bertahun-tahun berhubungan, Munirah yakin dia telah cukup mengenali hati budi Razak.
Baginya Razaklah lelaki yang sesuai dijadikan suami kerana sikapnya yang sangat bertanggungjawab dan penyayang, Munirah membayangkan hari-hari depan yang indah setelah diijabkabulkan nanti. Munirah dan Razak bercadang untuk berbulan madu di Bali. Mereka juga telah membeli sebuah rumah sebagai persediaan untuk hidup bersama, sebaik sahaja mengikat tali pertunangan. Masing-masing bersetuju untuk menimang 4 orang cahaya mata sahaja. Takut kalau ramai sangat anak, tidak mampu pula untuk biayai pelajaran mereka.
Maklumlah era cyber ini, sernuanya memerlukan duit. Itulah perancangan akal cetek mereka. Terlupa bahawa perancangan Tuhan mengatasi perancangan manusia. Sejak bertunang setahun lalu Munirah mula membuat persiapan perkahwinan secara berdikit-dikit. Hampir setiap hari dia membelek majalah yang memaparkan pakaian pengantin, gubahan hantaran, contoh rekaan pelamin serta serba mak nenek yang berkait dengan kenduri kahwin mengikut trend semasa. Melalui temannya yang bercuti ke luar negara, dia mengirimkan beberapa barangan berjenama untuk dijadikan hantaran.
Setiap hujung minggu pula dia menjelajah dari satu butik ke satu butik untuk mencari pakaian yang sesuai untuk majlis berkenaan. "Ala, sekali seumur hidup. Lagipun kan Irah anak bongsu mama. Lepas ni dah tak payah buat kenduri kahwin lagi. Apa salahnya berhabis habisan untuk kenduri Irah ni," jawab Munirah bila ditegur ibunya. Rahimah bukan tidak bersetuju dengan perancangan Munirah untuk mengadakan kenduri besar-besaran. Memang dia berkemampuan pun. Cuma hatinya masih sedih mengenangkan perkahwinan kakak Munirah, Salasiah 5 tahun yang lalu.
Waktu itu kendurinya memang besar. Jadi sebutan orang. Bagaimanapun, rumahtangga yang dibina hanya bertahan selama dua tahun. Selepas mendapat anak seorang, mereka bercerai dan masing-masing membawa haluan sendiri. Kini dialah yang membela anak mereka. Bukan dia keberatan untuk membela cucu sulungnya itu, cuma hatinya pedih bila mengenang nasib budak itu yang kehilangan kasih ibu bapa. Manakala ibu dan bapanya masih ingin hidup bebas dan enjoy macam orang bujang. Kerana itulah bila mengingatkan perkahwinan Munirah, dia mendoakan agar Munirah tidak menerima nasib yang sama. Rahimah menganggap apa yang berlaku kepada Salasiah adalah kerana kesalahannya juga.
Memang Rahimah pening kepala memikirkan anak-anak perempuannya yang enggan memberi sepenuh komitmen pada rumahtangga. Masing-masing hendak jadi macam orang Barat yang mahu berumahtangga tetapi tidak mahu memikul amanah dan tang-gung Jawabnya. Tidak seperti orang dulu-dulu. Rahimah terkenang, dia dulu kahwin atas pilihan orang tua. Bila bergelar isteri, seluruh hidupnya diabadikan untuk suami dan keluarga. Orang dulu-dulu jarang nak bercerai-berai. Orang sekarang, bercinta bertahun-tahun tetapi bila kahwin, sekejap sahaja sudah bercerai.
Tak serasilah, sudah tidak sehaluanlah. Padahal masa hendak kahwin, masing-masing rasakan itulah pasangan paling tepat untuk dunia Akhirat. Mungkin salah Rahimah juga kerana gagal mendidik anak-anaknya dengan baik sehingga masing-masing mahu membentuk rumahtangga mengikut selera sendiri. Agama dan adat, sernuanya ditolak ke tepi. Itulah yang berlaku kepada kebanyakan pasangan yang berkahwin hari ini. Sebab itu fail perceraian bertimbun-timbun di pejabat-pejabat agama.
Rumahtangga itu ibarat bahtera yang berlayar di tengah lautan. Waktu tenang, mudahlah, tapi bila lautan bergelora, dilanda ribut, memang tak mungkin bahtera itu dapat diselamatkan kalau tidak dikemudi dengan iman dan taqwa. Inilah yang tidak mampu Rahimah sampaikan kepada anak-anaknya kerana dia sendiri bukan mendalarn sangat pengetahuan agamanya. Cuma dulu, waktu aruah Pak Adam masih hidup, Rahimah mampu jadi isteri yang taat kerana memang begitu asuhan orang tuanya.
Taatnya pada suami bukan bertitik tolak dari iman. Rahimah tahu, kalau dia cuba syarahkan tentang rumahtangga yang baik, pasti anak-anaknya akan berhujah kembali untuk mempertahankan pendapat dan pendirian mereka. Akhirnya yang terdaya dilakukan hanyalah berdoa untuk kebahagiaan mereka dunia Akhirat. Pada suatu petang Munirah pulang dari kampus dengan wajah ceria. Rahimah yang menyambutnya di pintu, tertanya-tanya kerana selalunya Munirah akan tiba di rumah dengan wajah letih, tidak bermaya. "Ada berita baik ke. Semacarn aje senyum tu." "Memang ada berita baik. Kak Sarah call tadi. Dia balik bercuti sebulan. Bolehlah minta tolong dia siapkan hantaran." "Dia balik seorang ke?" Terbayang wajah anak saudaranya yang telah bertahun-tahun di luar negara. "Balik satu family. Cuti musim panas.
Tapi tak sempat tengok tengok Irah bersanding sebab bulan depan, dia balik ke UK semula." "Lama tak jumpa Sarah. Macam mana rupa anak dia agaknya. Maklumlah, kahwin dengan orang putih." "Tentulah cute. Tapi anak Irah nanti lagi cantik sebab Razak muka macam mamak, Irah pulak macam Cina," jawab Munirah bersahaja sambil berlenggang ke biliknya. Rahimah hanya tergelak kecil. Macam-macarn angan-angan Munirah. Hari minggu, Sarah muncul di rumah Rahimah bersama suami dan anaknya. Penampilannya cukup mengejutkan Munirah. Dulu sewaktu meninggalkan tanahair untuk menyambung pengajiannya, sepupu-nya itu lebih selesa berseluar jeans dan berkemeja.
Adakalanya dia gemar juga menampilkan imej yang agak seksi. Bagaimanapun had ini dia muncul dengan berjubah dan bertudung labuh. Suaminya, Abu Bakar bin Abdullah pula berseri-sen dengan kopiah di kepala. Satu pernandangan yang agak aneh buat Munirah. Sangka Munirah, setelah bertahun-tahun di London, Sarah tentu akan tampil lebih elegant dengan fesyen terkini dari kota fesyen itu. "Assalamualaikum. Apa khabar bakal pengantin kita?" sapa Sarah sambil bersalaman dan memeluk Munirah. "Waalaikumussalam. Insya-Allah OK," jawab Munirah dengan sedikit rasa kekok. Rahimah terus mengambil anak Sarah dari dukungan Abu Bakar. "Comelnya cucu, Tok Tam." Abu Bakar yang dari tadi hanya tersenyum, menghulurkan ole-ole dari Kota London. Rahimah menyambut dengan senyuman. Hatinya cukup tertarik dengan wajah bersih Abu Bakar.
"Dah lama kamu masuk Islam?" tanya Rahimah dengan nada ingin tahu. "Dah hampir sepuluh tahun," jawab Abu Bakar dengan bahasa Melayu berslanga. "Eh, boleh cakap Melayu, kamu. Mak Tam tak pernah lagi jumpa" Sarah dan Abu Bakar tertawa. "Untunglah kamu dapat kahwin dengan Mat Salleh. Dapat duduk luar negeri. Dapat anak comel" Kata-kata Rahimah sedikit sebanyak mengundang rasa cemburu di hati Munirah. "Saya beruntung sebab dapat Mat Salleh yang soleh, Mak Tam. Itu lagi penting.
Saya memang malu dengan dia ni sebab dia yang banyak bimbing saya untuk beramal dengan Islam. Mak Tam bukan tak kenal Sarah dulu-dulu. Teruk." "Memang untung kalau dapat suami soleh. Suami tu, pernimpin rumahtangga. Kalau suami soleh, selamatlah rumahtangga," luah Rahimah sambil fikirannya terbayang-kan wajah Salasiah. Terlupa dia pada Munirah yang sedari tadi hanya diam membisu.
Selang beberapa hari selepas itu, Munirah mengajak Sarah shopping di KL. Dia inginkan penda-pat Sarah tentang pakaian yang hendak ditempah untuk malarn akad nikah. Seingat Munirah, 'taste' Sarah memang bagus. "Masa Sarah kahwin kat UK dulu. siapa yang uruskan persiapan kahwin?" tanya Munirah waktu mem-belek-belek beberapa pasang baju kurung moden bersulam di sebuah butik. "Kami kahwin ala kadar saha-ja. Yang wajib akad nikahnya. Kenduri pun kawan-kawan yang tolong. Masak sikit-sikit, lepas tu makanlah sama-sama." "Tak glamourlah gitu. Kahwin kan sekali seumur hidup," tingkah Munirah dengan dahi berkerut. "Mana Munirah tahu kahwin tu sekali seumur hidup? Jodoh, ajal maut, kan di tangan Tuhan. Entah-entah esok lusa, suami mati.
Tak kan tak kahwin lain. Tak pun macam Kak Salasiah. Dah bercerai. Dengar kata, dah dapat calon suami baru. Nanti nak kahwin lagi untuk kali kedua," jawab Sarah dengan lembut sambil matanya turut memerhatikan sulaman yang cantik pada baju kurung yang dipegang Munirah. "Tapi, ini kan kali pertama Irah kahwin. Kenalah buat semeriah mungkin," balas Munirah. "Ah, perut pun dah berkeroncong ni . Jom kita makan dulu." Sarah menurut tanpa banyak soal. Sewaktu makan dia cuba untuk memberi panduan kepada Munirah dalam menempuh alam baru. "Sarah nak tanya pada Irah satu soalan. Apa tujuan Irah kahwin?' "Aiik! Soalan cepu emas ke ni? Anyway, bagi Irah, kahwin itu adalah untuk menghalalkan per-hubungan antara seorang lelaki clan wanita. Betul tak. One more thing, memang fitrah manusia itu ingin dikasihi dan mengasihi. Sebab itu Allah ciptakan Hawa untuk Nabi Adam, right?" balas Munirah dengan penuh yakin. "Itu saja matlamat perkahwinan?" "What else?" "Kalau sekadar nak lepaskan naluri seks, buat apa sampai nak berkenduri kendara besar-besaran. Tak berbaloilah macam tu." "So what?" "Sebenarnya tujuan perkah-winan itu sangat besar. Niat awal kah-win itu sangat penting untuk men-jamin lahirnya satu rumahtangga yang diberkati Tuhan. Nanti perjalanan rumahtangga tu, akan dibantu.
Tuhan akan pelihara rumahtangga kita sam-pai rumahtangga tu boleh jadi syurga dunia sebelurn Allah beri Syurga di Akhirat." "Tak sangka pulak engineer boleh jadi ustazah." "Bukan begitu. Islam itu untuk semua orang dan ia mesti jadi pandu-an setiap orang," balas Sarah tersenyum, "sebelum Irah melangkah ke alam perkahwinan, eloklah Sarah bagi peringatan dulu. Janganlah bayangkan kahwin tu pada yang indah-indah clan romantik-romantik saja. Nanti akan ada ujiannya, akan ada pahit yang terpaksa di telan. Kalau tak buat persediaan yang tepat, memang rumahtangga tak akan boleh bertahan lama. Rumahtangga boleh jadi neraka tau!" Munirah menyedut minuman dari gelasnya.
Masuk juga dalam fiki-rannya kata-kata Sarah itu. Cukuplah apa yang dialami oleh kakaknya Salasiah menjadi bukti kebenaran kata-kata Sarah itu. "Irah tahu tak, dalam Islam kahwin tu matlamatnya besar dan mulia. Betullah yang Irah cakap tadi. Nak halalkan hubungan antara lelaki dan perempuan. Itu memang antara tujuan perkahwinan, supaya kita tak terjebak dengan zina. Selain tu, ada lagi yang tidak kurang pentingnya. Kita kena niat kahwin untuk lahirkan generasi Islam seterusnya. Zuriat kita tu adalah aset untuk Islam. Lagipun Rasulullah suka umat yang ramai." "Tapi rasa-rasanya mak bapak kita dulu tak adalah pasang niat macam tu, tapi kita lahir pun, tetap jadi orang Islam."
"Islam setakat pada nama, apa ertinya? Sedangkan pada peri-badinya langsung tak melambangkan peribadi mukmin. Kita tengok sekarang macam mana masyarakat kita. Macam-macam masalah sosial. Kronik betul. Mucla lagi dah terlibat dengan dadah, seks bebas, jenayah, sampai budak 12 tahun pun dah pandai rogol dan bunuh orang. Itu bukan aset agama namanya. Puncanya dari rumahtangga yang rosaklah tu.
Kes-kes sumbang mahram tu. Tahu tak apa puncanya? Something wrong masa akad nikah-nya atau semasa proses perkahwinan tu. Mungkin sebelum kahwin mak ayahnya dah bergaul bebas, dah biasa buat maksiat. Memang rosaklah keturunan selepas itu." Munirah termenung. Kegembiraannya untuk menjadi pe-ngantin baru seperti terganggu. Sebelurn ini fantasinya hanya yang indah-indah, terutama apabila mem-bayangkan keindahan berbulan madu. Tapi rupa-rupanya banyak lagi per-soalan yang menunggu di hadapan. "Macam tu ke?" "Iya. Kalau kita rancang perkahwinan kita dengan betul mengikut apa yang Islam gariskan dan kita jaga supaya setiap step ke arah perkahwinan itu sesuai seperti-mana yang Tuhan kehendaki, insya-Allah, rumahtangga kita akan berjaya.
Bayangkan kita dapat lahirkan anak-anak yang soleh dan solehah. Bukan saja anak-anak tu boleh bantu kita di Akhirat, di dunia lagi anak-anak tu akan jadi manusia yang berjasa pada agama, pada negara. Anak-anak kita boleh menjadi manusia-manusia yang akan membangunkan empayar Islam." "Tingginya angan-angan. " Ini bukan angan-angan tapi cita-cita. Kan Islam pernah menguasai tiga suku dunia. Islam diperjuangkan oleh peribadi-peribadi hebat yang lahir hasil didikan Rasulullah. Sekarang kita simpanlah niat dan cita-cita untuk mengulangi sejarah tu." "Irah tak layaklah nak buat kerja besar macam tu." "Memanglah kita ni tak layak. Tapi kita niatlah nak lahirkan peribadi-peribadi yang layak melalui perkahwinan kita kerana nak dapat keredhaan Tuhan.
Sampai bila hidup kita nak terus terjajah dengan budaya bukan Islam yang sekarang terbukti sangat merosakkan dan merugikan kita. Kalau setakat rugi di dunia, tak apalah. Rugi di Akhirat, siapa nak tolong?" "Salah ke cara Irah buat persiapan kahwin ni?" "Tak salah. Tapi ini cuma persiapan lahir. Tak payahlah sampai membazir. Yang lebih penting, tambah ilmu agama sebagai persediaan. Baiki diri, betulkan sembahyang. Kuatkan hubungan dengan Tuhan. Kalau hati sentiasa berhubung dengan Tuhan, apa-apa problem pun kita boleh atasi. Especially bab nak taat suami. Bukan mudah tau. Lagilah kalau kita rasa kita lebih pandai dari dia. Nanti mulalah nak tunjuk 'power'. Dalam setiap hal kita akan challenge dia. Habislah rumahtangga kalau isteri pun nak jadi ketua.
Dalam rumahtangga ada seni-seninya. Itupun nak kena belajar." "Sarah ni menakutkan Irahlah. Rasa macam kahwin itu suatu yang complicated sangat." "Bukan niat nak takutkan Irah. Tapi nak Irah bersedia untuk menerima realiti perkahwinan tu. Sementara ada peluang. Nak kahwin pun perlu ada persiapan yang cukup. Bukan setakat pandai masak, pandai bersolek dan hias rumah. Duit atau cinta tak akan mencukupi. Bekal yang paling utama, iman." "Sempat ke nak dapat iman tu. Masa tinggal dua bulan lagi." Sambil tersenyum, Sarah menepuk-nepuk lengan Irah. "Insya-Allah. Tahu tak orang dulu-dulu, sebulan sebelum kahwin, memang kena berkurung. Sebab nak dapat seri muka.
Sekarang, Irah buatlah perkara yang sama. Masa dua bulan ni, manfaatkan untuk tingkatkan ilmu Islam, untuk dapat iman. Insya-Allah, nanti Razak akan rasa kahwin dengan Irah ni seolah-olah dia dapat permata berharga. Berbaloilah dengan hantaran kahwin lapan ribu ringgit yang dia terpaksa beri tu." Munirah tersenyum. Sedikit sebanyak, cakap cakap Sarah itu memberinya satu persepsi baru tentang perkahwinan.
Dalam hati dia menyimpan matlamat untuk menimba ilmu dari Sarah sementara Sarah masih di tanah air. Mudah-mudahan rumahtangga yang akan dibinanya itu lebih bermakna lagi.
Petikan dari Majalah Mar atul Saliimah
Masih Ada Waktu
Monday, 15 December 2008
Arman masih lagi tekun di hadapan monitor komputernya komputernya, mengetuk-ngetuk papan kekunci. Sesekali dia menyentuh tetikus yang terletak di sebelah kanan monitornya. Sibuk. Sibuk sekali.
Semenjak dipertanggungjawabkan dengan projek baru ini oleh majikannya, Arman begitu sibuk sekali. Sehingga kesemua kerjanya yang tidak sempat disiapkan di pejabat dibawa pulang bersamanya ke rumah.
Jam menunjukkan sudah pukul 9.00 malam. Normah, isteri Arman baru sahaja keluar dari bilik setelah selesai menunaikan solat fardhu Isya'. Dia menggeleng-gelengkan kepalanya melihat Arman masih tidak berganjak dari meja komputernya. "Bang, tak berhenti untuk solat dulu ke? Kerja tu kan nanti boleh disambung?" tegur Normah dengan lembut. "Hm..." dengus Arman sebagai membalas peringatan oleh isterinya.
Normah berlalu. Dia tidak berani untuk menegur dengan lebih lagi. Normah cukup kenal benar dengan perangai Arman yang panas baran. Lalu Normah mengambil bakul yang dipenuhi dengan pakaian yang telah kering yang diambil dari ampaian petang tadi. Sewaktu melintasi sisi Arman, tangan Normah telah disambar oleh suaminya. Arman mengenggam tangan Normah sambil merenungnya seketika.
"Awak tahu tidak projek ini penting untuk saya? Ini bagaikan nyawa kerjaya saya. Tak perlu awak nak susah-susah ingatkan saya waktu solat seperti saya anak-anak awak. Tugas ini amanah majikan kepada saya. Saya pasti Allah faham apa yang saya buat. Tahu?" bentak Arman. Normah hanya tunduk memandang lantai. Memanglah, jika diikut dari segi pendidikan, Arman jauh lebih tinggi darinya. Sama ada akademik mahupun agama.
Arman melepaskan gengaman tangannya terhadap Norman dan kemudian meneruskan kerjanya. Begitu asyiknya dia menaip sehingga terlupa waktu terus berlalu. Sedar-sedar, jam sudahpun pukul 12 tengah malam. "Allah... Dah larut rupanya. Patutlah aku rasa mengantuk sangat." bisik Arman kepada dirinya sambil menyandarkan badannya ke kerusi. Dalam tidak sedar Arman terlelap di tempat duduknya.
Arman hanya tersedar apabila terasa bahunya bagaikan digerak oleh seseorang. Dengan mata yang kelat, Arman melihat sekujur tubuh yang besar dan tinggi berada disebelahnya. Arman cuba mengangkat kepalanya tetapi rasanya, mungkin 'makhluk' itu telah menahan kepalanya dari mendongak.
"Hai manusia. Hari ini aku akan pisahkan engkau dari dunia yang engkau cintai ini!" suara milik tubuh yang besar itu bagaikan halilintar membelah bumi. "Tapi... Siapa engkau...?" Tanya Arman dengan nada yang tersekat-sekat. Seraya kemudian makhluk itu mula ketawa membuatkan Arman terasa bagaikan rumahnya sedang dilanda gempa bumi.
"Kau tak perlu tahu siapa aku. Mari. Ikut aku. aku akan segera membawamu bertemu dengan Tuhanmu yang sering kau abaikan!" kaki Arman menggeletar mendengar kata-kata makhluk tersebut. Bertemu Tuhan? Allah? Serta-merta Arman teringat bahawa dia masih belum menunaikan solat. "Wahai makhluk, tolonglah aku. Jika benar kau ingin membawa aku bertemu denganNya, izinkanlah aku tunaikan solat dahulu..."
Sekali lagi makhluk itu ketawa. "Apa? Kau masih ada keinginan untuk bersolat? Bagus... Tetapi mengapa baru sekarang? Sekarang sudah jam berapa wahai manusia?" Arman terdiam ketika diajukan soalan begitu. Serta-merta di pandangannya kelihatan wajah Normah yang telah mengingatkannya agar segera menunaikan kewajipannya tadi. Bukan itu sekali sahaja tetapi berbilang-bilang kali.
"Aku hairan dengan kamu manusia. Tatkala terdengar berita tentang lombong emas di suatu tempat, kamu akan bersegera ke sana. Padahal ianya hanyalah sementara. Dan apabila terdengar tentang sesuatu nikmat, kamu juga akan segera ke sana. Sedangkan ianya sia-sia. Tetapi Allah mengkhabarkan kamu tentang harta di syurga yang kekal dan nikmatnya yang tidak terhingga di sana, mengapa kamu tidak berkejaran untuk mendapatkannya?"
Arman terkedu. Terasa benar apa yang dituturkan oleh makhluk itu tepat mengena batang hidungnya. Airmatanya mula menitis. Arman mulai kesal dengan apa yang telah dilakukan olehnya selama ini. Dia selalu alpa. Dia selalu lupa. Terkadang memang sengaja dia buat-buat lupa untuk mendirikan solat pada awal waktu. Bukan itu sahaja. Malah sesiapa yang cuba mengingatkan pasti akan 'disekolahkan' olehnya.
Hidupnya terlalu mengutamakan dunia. Jika cuba diingatkan, dengan bersahaja Arman akan katakan bahawa Nabi saw menyuruh kita makan terlebih dahulu jika makan sudah dihidangkan. Ataupun dia akan sibuk mengulang tentang amanah. Katanya tugasnya adalah amanah dan sebagai muslim dia diwajibkan menunaikan amanah. Memang rakan-rakannya tidak mampu melawan hujahnya. Itulah yang memang Arman mahukan.
Cuma sekali, Arman memang cukup sakit hati dengan Majid. Kerana Majid pernah mematikan hujahnya. Kata Majid, benarlah Nabi saw kata makan dahulu jika makanan telah terhidang. Tetapi Nabi saw makan tidak seperti kita.
Baginda hanya memakan roti dan sup atau beberapa butir kurma. Dan berhenti pula sebelum kenyang. Jadi masih sempat bersolat di awal waktu di masjid secara berjamaah. Geram Arman kerana tidak mampu menjawabnya.
"Wahai manusia! Bersedialah untuk dihisab. Bersedialah untuk ditanya tentang perintah yang telah diamanahkan buatmu. Bersedia dengan alasan mengapa kau meninggikan amanah hamba lebih dari Pencipta mereka." Arman kali ini betul-betul menggeletar. Dia bagaikan sudah terasa bahang api neraka yang bakal menyambarnya. Dia bagaikan sudah terlihat ular-ular gemuk yang sedang menantinya di lembah yang terpencil.
"Siapapun engkau wahai makhluk, tolonglah lepaskan aku. Tolonglah. Tolong..."
"Bang! Abang! Ya Allah... Tidur duduk macam ni pun masih boleh mengigau?" Normah menggoncang bahu Arman. Kuatnya bunyi Arman mengigau sehinggakan Normah yang telah tertidur di bilik pun boleh terjaga jadinya.
Arman bingkas bangun. Dia meraba-raba seluruh tubuhnya. "Alhamdulillah...Aku masih hidup!" Arman segera berlari ke bilik air. "Abang dah taubat Mah. Abang tak nak tangguh solat lagi!" jeritnya kepada Normah ketika hampir sampai ke pintu bilik air. Normah mengucapkan kesyukuran mendengar pertuturan Arman tadi. Tetapi dia jadi tertanya mimpi apakah agaknya yang mampu menyadarkan suaminya itu tadi. Tidak mengapalah. Yang penting Arman kini telah sedar.
Bagi Arman, mimpi itu cukup memberi makna. Benar, amanah wajib dijaga tetapi amanah Allah adalah sebesar-besar amanah yang lebih utama. Dan benar Allah memerintahkan mencari rezeki tetapi bukan sehingga mengenepikan perintahNya. Sesungguhnya rezeki itu Allah yang beri. Bukan majikan. Bukan projek yang sedang dibuatnya. Sesungguhnya Arman merasa sungguh beruntung kerana diperingatan sebelum tibanya hari di mana tiada lagi peringatan yang berguna...
Masih ada lagi kesempatan
Thursday, 11 December 2008
Eiyah!
Dengan pantas Nadia melompat naik di atas motor seorang jejaka yang baru dua hari dikenalinya.
“ Pegang kuat – kuat dik, nanti kalau jatuh, adik juga yang susah. “ kata jejaka itu.
“ Lambat benar motor abang ni, lajulah sikit !
Motor EX5 jejaka itu meluncur laju.
Tidak berapa lama kemudian Nadia tiba di depan rumahnya.
“ Alhamdulillah, mujur papa dan mama tak ada dekat rumah.”
Lupa aku. Hari ini papa dan mama ada mesyuarat dekat sekolah.
Fhuih, lega…
Belum sempat lagi Nadia melangkah ke pekarangan rumahnya, tudung yang dipakainya tadi dibuka. Sambil bersiul – siul dia melangkah masuk ke halaman rumahnya.
“ Nadia! Nadia ! Assalamu…”
“ Hai Jefrey!” Nadia membalas sapaan Jefrey yang melalui depan rumahnya. Tudung kepala yang dipegang dilambai – lambaikan ke arah Jefrey.
“ Hei, tak nak singgah dulu ke ?”
Jefrey hanya tersenyum kehairanan. Dia tidak mampu berkata apa – apa apabila melihat tingkah laku Nadia. Jefrey, ketua Pengawas Sekolah Agama Nurul Iman cepat – cepat melangkah pergi.
# # # #
Sebenarnya aku sedikitpun tidak ada hati untuk belajar di Sekolah Agama Nurul Iman yang terletak di pekan kecil berdekatan kampungku. Namun, aku tidak ada pilihan. Permohonanku untuk memasuki Maktab Rendah Sains Mara ( MRSM ) tidak berjaya. Akhirnya aku terpaksa akur dengan kehendak mama dan papa yang mahu aku belajar di Sekolah Agama Nurul Iman.
“ Papa lebih suka kalau Along belajar di Sekolah Agama tu. Belajar rajin – rajin. Faham tentang agama dan berakhlak mulia. Jadi, seperti mama, seorang ustazah yang berkaliber.” Nasihat papa.
“ Kalau boleh lebih baik dari mama, sambung belajar dekat Jordan, paling tidak boleh menjadi hafizah. Tentang perbelanjaan jangan Along risau, sekarang ini Along belajar saja!” nasihat mama sambil membelai rambutku.
Ah! Leceh betul mama dan papa…
Tetapi akhirnya di Sekolah Agama Nurul Iman itulah Nadia belajar. Hampir hari – hari Nadia ke sekolah dan pulang ke rumah dengan masam mencuka. Dia merasakan dirinya dikongkong. Setiap hari ke sekolah wajib memakai tudung kepala! Itulah perkara yang sejak dari dulu disuruh oleh papa dan mama yang kutolak, kini menjadi kewajipan di Sekolah Agama Nurul Iman!
“ Along tahu itu wajib! Along nak pakai tudung kepala! Tapi bukan sekarang ni mama. Along masih muda. Kesempatan inilah Along hendak bergaya. Nanti kalau dah kahwin atau kalau dah tua nanti Along pakailah!” rengek Nadia.
Aku seperti lembu dicucuk hidung. Itulah perasaanku sekarang. Keluar saja dari pintu sekolah, Nadia akan membuka tudung kepalanya. Beberapa orang temannya kehairanan dan berasa pelik dengan sikap Nadia. Namun, ramai lagi yang melakukan hal yang sama seperti Nadia. Ika, Laila, Suzana, Julia dan ramai lagi yang bertindak seperti Nadia. Mereka terpaksa datang ke sekolah atas desakan ayah dan ibu. Sekali lagi aku katakan mereka seperti aku; terpaksa!
“ Alah, aku peduli apa, Kak Rina dan Rini jiran sebelah rumahku walaupun sekolah agama, di rumah atau ke mana – mana tak pernah pakai tudung . Cuma kalau ke sekolah saja.Itupun tak pernah dimarahi oleh ayah dan ibu mereka. “ leter Suzana teman sekelasku yang jiwanya juga memberontak seperti aku.
“ Eh… Nadia kau tengok tu budak perempuan tu sikit punya seksi jalan dengan pak wenya.
“ Ha… ha… ha… tak sepadan langsung.” Ketawa mereka serentak.
# # # #
“ Terus terang aku katakan Nadia, aku sukakan kamu.”
Itulah kata – kata Nazrul sebulan yang lalu , senior di sekolahku yang sememangnya menjadi kegilaan pelajar – pelajar perempuan. Nazrul bukan sahaja sering menjadi wakil pidato sekolah di setiap peringkat , malah memiliki wajah yang cukup handsome apatah lagi anak orang kaya.
“ Boleh kalau malam ni aku datang ke rumahmu?”
“ Kau gila, nak kena tembak dengan papa aku. Kau kan dah tahu papa aku tu ustaz, imam kampung pulak tu. Dia dan mama tak suka kalau aku kawan dengan budak lelaki, tak solehah kata mereka. Alah, diaorang nikan fikiran macam orang tua dulu – dulu.”
“ Habis tu macam mana?”
“ Alah kalau nak jumpa , jumpa dekat sekolah sudahlah.”
Nazrul menarik muka masam dengan kata – kata Nadia.
Tidak menjadi masalah bagi Nadia kalau semua orang di sekolah tahu tentang hubungannya dengan Nazrul. Apatah lagi Marziah teman sekelasnya yang bertudung rapi dan alim di sekolah sering menasihatinya.
“ Marziah, tak payahlah awak nak jaga tepi kain orang lain, jagalah diri kau tu sendiri cukuplah.” Marahku. Suzana tersenyum mendengar kata – kata yang terkeluar dari mulut Nadia.
“ Astaqfirullah, bukan niat aku untuk menjaga tepi kain engkau, tapi sebagai sahabat aku sayangkan engkau. Aku mahu engkau menjadi wanita yang tahu tentang tanggung jawab dan hakikat sebagai seorang muslimah.. Itu saja …”
“ Diamlah! Mulut kau tu macam orang tua – tua. Aku tahulah apa yang aku buat, apa kau sibuk.”
Menyesal aku sekelas dengan orang yang suka berkhutbah. Rimas, benci, ah… Marziah sering menegur tentang sikap aku di sekolah. Marziah menegur tentang tudung kepala yang sering kutanggalkan selepas waktu sekolah. Sekarang ini dia sibuk mencampuri soal peribadi hidupku! Huh!! Rimas aku…
“ Marziah, kalau kau nak aku macam kau tunggulah empat puluh tahun lagi. Masa aku dah tak cantik macam ni lagi” . Kata – kata yang pedih ditelan begitu sahaja oleh Marziah. Dia akur dengan sikap Nadia. Namun, kemesraannya tetap tidak pernah hilang terhadap Nadia. Nadia sahaja yang tidak mampu menghadapi semua ini.
“ Nadia, pengetua panggil engkau!” beritahu Suzana.
“ Hah, pengetua panggil aku. Apa hal pulak!
“ Manalah aku tahu, cepatlah”, tegas Suzana sambil menampar bahu Nadia.
“ Nadia, awak telah terpilih untuk mewakili sekolah dalam pertandingan Tilawah al – Quran peringkat zon 1. Saya harap awak mampu memberi kajayaan kepada sekolah. Selamat berjaya, Nadia”, kata pengetua sekolahku.
Aku tersenyum riang .
Sejak sekolah rendah lagi Nadia sering menjuarai pertandingan Tillawah al – Quran sama ada peringkat sekolah mahupun peringkat negeri. Bukan hanya suara dan nada lantunannya baik, malah Nadia bijak menguasai segala seluk beluk tentang tilawah dengan sempurna. Mama dan papanya yang banyak memberikan tunjuk ajar. Nadia cukup berbangga dengan kebolehannya. Ramai teman – temannya yang nampak alim di sekolah seperti Marziah dan Kamalia tidak mampu menandingi kehebatan Nadia dalam membaca al – Quran dengan baik.
# # # #
“ Biar aku ajar kau orang baca al – Quran. Mesti gempak punya. Okey… Qoriahlah katakan! Ha… ha… “ pekik Nadia.
Nazrul dan Suzana tersenyum. Mereka turut berbangga dengan kemenangan Nadia dalam pertandingan itu!
“ Al – Quran bukan untuk dipertandingkan dan dibanggakan seperti itu, tetapi al – Quran untuk difahami, dihayati dan diamalkan. Semoga kau mendapat hidayah-Nya, Nadia”, kata Marziah apabila mengetahuii kemenangan Nadia tersebut. “ Apalagi… kita nikan pelajar sekolah agama.”
Nadia sekadar menarik muka masam. Kata – kata Marziah tidak ubah seperti leteran papa dan mama.
“ Bila kamu mahu berubah, Nadia? Mencintai Islam dengan sepenuh hati. Mencintai Allah dan rasul dengan seikhlas mungin? Nadia sebenarnya kamu boleh manfaatkan kebolehan kamu dengan al – Quran bukan hanya sekadar untuk masuk pertandingan sahaja” kata Marziah lagi.
Lama kelamaan Nadia agak terharu mendengar kata – kata Marziah. Dia memandang Marziah begitu dalam.
“ Okeylah, aku berazam untuk berubah, tapi bukan sekarang”, Nadia tertawa.
“ Eh, akupun sama, masih ada esokkan untuk kami? Sampuk Suzana.
Marziah sekadar memandang sayu ke arah Nadia dan Suzana.
# # # #
Cuti minggu akhir bulan November, Nadia benar – benar happy. Dia dan kawan- kawannya akan menghabiskan cuti minggu itu di Gunung Jerai.. Minggu ini mereka semua terlalu gembira kerana di kesempatan ini mereka dapat merehatkan minda dari tugas – tugas harian di sekolah. Dii kesempatan itu mereka tidak melepaskan peluang merakamkan foto – foto kenangan bersama di sana.
Suzana, nampak terlalu gembira hari ini. Aku memandang seketika ke arahnya yang terlalu akrab dengan dua orang jejaka yang baru sahaja dikenalinya. Kawan – kawan yang lain masih leka melayan perasaan masing – masing. Nadia kembali menyambung membaca majalah muzik yang baru saja dibelinya. Alhamdulillah, hawa di Gunung Jerai nyaman sekali.
Jam sudah menunjukkan pukul lima petang ketika mereka sedang sibuk mengemas barang – barang untuk pulang. Jauh juga jarak antara Gunung Jerai dengan pekan Alor Setar! Mereka tidak mahu mengambil risiko sampai lewat malam ke rumah.
Semua sudah berkumpul di tempat yang telah dijanjikan, tetapi Suzana belum lagi tiba!
“ Ke mana pulak budak ni! Berjalan pergi ke mana sahaja dia ni! Marah kawan – kawan yang lain.
“ Aku ingat dia dengan kamu Julia. Tadikan kamu dengan Suzana asyik melayan dua orang pak we tu”, kata Nadia sedikit resah.
“ Betullah tu, tapi lepas tu mereka bertiga pergi. Aku tak mahu ikut sebab aku sakit perut waktu itu”, cerita Julia dengan suara yang terketar – ketar.
“ Ke mana Julia?”
“ Manalah aku tahu, kalau aku tahu senanglah” suara Julia agak keras.
Dada Nadia berdebar kencang. Dia mula cemas mengingatkan Suzana seorang diri bersama dua jejaka tadi.
Satu jam mereka menunggu. Namun kelibat Suzana belum lagi muncul. Hari semakin gelap. Wajah masing – masing masam mencuka menanti Suzana.
“ Mungkin dia dah pulang dulu, Nadia. Jomlah kita pulang. Dah lewat ni”, ajak Suzi dan Aida.
“ Tidak mungkin, Suzana bukannya orang yang jenis berani jalan sorang – sorang. Selalunya aku yang akan menghantarnya pulang. Kalau tak mesti kena marah dengan ibunya,” tegas Nadia.
“ Kita mesti carinya juga sampai jumpa. Satu jam dari sekarang kita jumpa di sini kembali.
Bersama Aida, Nadia mencari Suzana. Menjelajah jalan- jalan sunyi di sekitar Gunung Jerai. Pencarian kami sia – sia.Suzana masih belum dijumpai.
“ Kalau ke sana mugkin tidak, Aida?’
“ Eh, semak – semak macam ni takkan orang nak masuk kot!” Jelas Aida. Saat itu mereka sampai di penghujung jalan Gunung Jerai. Di hadapan mereka sekarang seperti jalan yang curam dan cukup membahayakan.
“ Ya Allah! Nadia menunduk dan memungut sesuatu.
“ Apa?”
“ Ini skaf Suzana, aku yang berikannya waktu hari lahirnya yang ke – 18! Aida, dia mesti ada di sini” ! suara Nadia agak terketar.
“ Kita pulang saja Nadia! Haripun dah gelap ni! Kawan – kawan kita mesti dah menunggu!”
“ Tidak, kita akan ke sana juga”! sambil tangan Nadia menunjuk ke arah belantara di hadapan mereka.
“ Aku … aku takutlah Nadia, kau ajalah yang pergi”.
Nadia menarik tangan Aida. Jantungnya berdegup lebih keras. Tak mungkin, tak mungkin dia di sini, bisik hati Nadia. Tapi…
“ Ya Allah !!! Nadia dan Aida berteriak sekuat – kuatnya! Suzana terkapar d semak – semak.Pakaiannya tidak terurus. Matanya terbeliak ke luar! Sebilah parang melekat di dadanya. Nadia tidak dapat menahan sebaknya. Dia menangis sepuas hati.
# # # #
Sejak kematian Suzana, Nadia menjadi orang yang tidak betul.. Peristiwa sebulan yang lalu masih menghantui jiwanya. Setiap kali Nadia mahu melelapkan matanya, pasti wajah Suzana muncul di kotak fikirannya.
Nadia juga sering berulang – alik ke Balai Polis memberi laporan tentang kes yang berlaku kepada Suzana.
“ Ajal seseorang itu seperti yang telah ditakdirkan oleh Allah. Kita tidak pernah tahu bila kita datang, dan bila kita akan kembali. Mungkin hari ini, mungkin waktu ini, mungkin saat ini, kita tak pasti bila dan bila… Siapa akan menyangka tidak ada esok lagi untuk Suzana”, kata Marziah dengan nada sedih.
Nadia cuma tunduk membisu. Dia memandang sayu pada wajah Marziah. Sukar baginya untuk melupakan wajah Suzana.
Terbayang saat – saat Suzana dengan bangga menunjukkan blaus yang tak berlengan itu kepadanya.
“ Cantikkan” ? ujarnya ketika itu.
“ Eh, kalau aku pakai macam ni nak mampus. Silap – silap kena pukull dengan papa aku,” kata Nadia.
Mereka berdua ketawa. Baju itu juga yang dipakai oleh Suzana semasa tragedi ngeri itu.
Ah! Nadia cuba memejamkan mata. Bayangan Suzana tak juga hilang. Astaqfirullah, di mana, bagaimana dan apa yang dialami oleh suzana sekarang di alam kubur? Apa yang… Astaqfirullah. Siapalah yang tahu akan ajal seseorang? Bagaimana kalau esok aku mati?
Nadia semakin gementar. Malam ini Nadia menunaikan solat Isyak lama sekali. Sewaktu dia membaca al – Quran, dia menangis. Inilah pertama kali dalam hidupnya yang sebelum ini belum pernah dia lakukan.
# # # #
Sudah seminggu Marziah tidak datang ke sekolah. Bila Nadia telefon ke rumahnya, ibu Marziah cakap dia cuma demam. Namun, ketidak hadiran Marziah ke sekolah benar – benar aku terasa kehilangannya. Barulah kini
Nadia sedar, segala nasihat, teguran daripada Marziah benar – benar bermakna buat dirinya.
Sebenarnya aku ingin sangat menceritakan kepada Marziah bahawa kini papa dan mama sangat gembira dengan perubahan diriku. Perubahan yang disebabkan keikhlasan hatiku dan juga atas nasihat – nasihat manismu.. Aku tidak mahu hari esok tidak ada lagi buat diriku.
Entahlah. Kata mama Allah memang Maha Pembolak balik hati manusia. Alhamdulillah, mungkin saat ini aku berasa aku telah mendapat hidayah daripada Allah. Masya Allah, pagi tadi Nadia terbaca di surat khabar, 15 orang terbunuh dalam kemalangan jalan raya melibatkan bas ekspress dan lori tanah di Jalan Baling. Innalillah! Kemudian berita tentang Pakistan, Afghanistan dan rakyat Iraq.
Wajah – wajah comel muslimah – muslimah yang masih kecil bertudung lengkap jelas terbayang dalam ingatanku. Wajah Suzana.
“ Nadia, kau dah banyak berubah sekarang! Kata Julia mengejutkan Nadia. Nadia sekadar tesenyum. Tersenyum dengan kata – kata Julia tadi.
“ Tidaklah, kamu ni Julia, sama saja”.
“ Tak, lebih alim! Kan … kan … kan… Julia. Aida dan Suzi serentak menjawab.
“ Oh, aku cuma mahu manfaatkan kehidupan aku selama ini. Mungkin sudah sampai ketikanya aku harus mendekatkan diri kepada Allah SWT”. Ujar Nadia.
“ Kau dah pandai berkata – kata sekarang ni Nadia. Dah boleh jadii macam ustazah “.
“ Bukan macam tu, tapi inilah hakikatnya. Okeylah aku pergi dulu ye, jumpa lagi”.
# # # #
“ Marziah, aku rindu benar dengan nasihat – nasihat dan teguran – teguranmu seperti dulu. Insya Allah Marziah aku mahu lakukan yang terbaik buat diriku. Terima kasih di atas segalanya. Maafkan segala kesilapan yang pernah aku lakukan dulu”, rayu Nadia.
Marziah tersenyum.
“ Alhamdulillah… Biarlah ini untuk selamanya Nadia. Ikhlaskan niat dan jangan jadikan perubahan ini kerana sebab tertentu tetapi perubahan ini kerana Allah SWT.
“ Marziah, perhubunganku dengan Nazrul juga telah kuputuskan. Aku mahu menumpukan sepenuh perhatian pada pelajaran dan mendalami Islam dengan sebaik mungkin”.
“ Alhamdulillah, eloklah tindakan yang Nadia buat tu. Maaf yea Nadia,, sekarang ni sudah pukul berapa? “
“ Sudah masuk waktu Zohor”.
Tidak lama kemudian Mak cik Sopiah, ibu Marziah memangku Marziah ke bilik mandi.
“ Solat, Nadia, Ma.. af ya. Saya mandi dulu”.
Aku sayu memandang keadaan Marziah. Mukanya pucat, badannya kurus. Matanya cengkung. Namun, wajahnya masih tampak keserian dengan senyuman – senyuman yang tak lekang di bibirnya walaupun aku sedar Marziah sedang beperang dengan kesakitan penyakitnya. Aku tidak menyangka selama ini Marziah mengidap penyakit barah otak yang begitu serius. Namun, aku tidak pernah nampak wajah kerisauannya selama ini. Aku bersyukur kerana di saat ini aku masih mampu bersamanya.
Nadia turut berwuduk dan berjemaah dengan Mak cik Sopiah . Selesai solat , Nadia baru teringat yang dia telah berjanji dengan mama dan papa untuk pergi ke rumah Mak cik Jamilah, adik mama di Perlis.
Nadia masuk semula ke kamar Marziah. Terasa berat untuk Nadia meninggalkan Marziah ketika itu. Nadia juga tidak mahu mengganggu Marziah. Tapi entah kenapa hatinya ingin benar hendak menggengam erat tangan Marziah, orang yang pernah dibencinya dahulu sebelum pulang ke rumahnya. Digenggam erat jari – jemari Marziah yang semakin kurus. Aku tatapi wajah pucatnya dalam – dalam. Sedih aku memandangnya. Marziah terlalu letih. Aku lihat matanya dipejam rapat. Senyuman jelas di wajahnya walaupun dia sedang tidur.
“ Cepat – cepat sembuh wahai sahabatku. Semoga Allah akan meringankan sakitmu, Marziah. Insya Allah lepas ini bolehlah kita sama – sama bergiat dalam aktiviti agama di sekolah. Aku sayang kamu, Marziah. Amin”, doa Nadia.
Namun, genggaman Nadia terasa sesuatu yang aneh berlaku. Tidak ada tindak balas. Seperti … seperti… Marziah tidak bernafas lagi! Aku meletakkan jariku di hujung hidung Marziah. Ternyata tidak ada hembusan yang keluar. Tidak mungkin…
“ Mak cik … Mak cik … cepat ke sini”, jerit Nadia.
“ Marziah … Marziah…, kenapa ni, anakku.
Mak cik Sopiah memangku Marziah. Dia memeriksa seluruh badan Marziah. Wajah lembut mak cik Sopiah nampak sedih. Mutiara jernih di kelopak matanya menitis membasahi selimut yang menutupi separuh badan Marziah.
“ Innalillahi wa innailaihiraji’un… “,ucap Mak cik Sopiah.
Nadia tergamam! Tidak mampu dia berkata apa – apa ! Dia seperti tidak percaya. Baru sebentar tadi Marziah sedang bercakap – cakap dengan aku. Kini dia sudah meninggalkan dunia ini buat selamanya. Ya Allah inilah segala ketentuanmu, ketetapanmu yang tidak mampu diubah walaupun sesaat. Benar kata Marziah, kita tidak tahu bila kita akan dijemput kembali ke sana. Hari itu, Suzana di jemput dalam keadaan yang menyedihkan. Kini, Marziah pula yang Allah ambil dengan cara yang baik. Mungkin ini balasan Allah kepada hambanya yang selalu taat dan patuh kepada segala perintahnya. Mutiara – mutiara dari kelopak mataku turun dengan laju.
Mak cik Sopiah memeluk erat aku. Kami sama – sama tidak mampu menahan sebak di dada dan kesedihan di atas pemergian Marziah. Kini, aku kehilangan seorang sahabat yang banyak membantu aku dan menyedarkan aku tentang liku – liku hidup ini dan soal kematian. Rupa- rupanya Marziah sudah merasakan saat – saat dia akan meninggalkan aku. Kesyukuran aku panjatkan di kesempatan yang singkat ini kau menyedarkan aku betapa bernilainya erti sebuah persahabatan yang berlandaskan ketulusan hati kerana Allah. Biar badai melanda, biar ribut dan taufan menunjah bumi, erti persahabatan yang ikhlas kerana Allah tidak akan hilang sampai ke akhirat kelak. Aku teringat kembali kata – kata Marziah kepadaku.
“ Nadia, ingat perubahan diri yang telah kau lakukan jangan atas sebab tertentu, tapi keikhlasan kerana Allah”. Wajah manis Marziah terlintas di fikiranku. Air mataku menitis lagi, menitis mengingati insan yang bergelar sahabat yang tak akan aku lupakan di dunia hingga ke akhirat.
“ Ya Allah, kau tempatkanlah sahabatku ini bersama- sama orang yang beriman. Sejahterakanlah kehidupannya di sana. Semoga kebaikan yang telah dia lakukan kepada aku dibalas olehMu Ya Allah dengan ganjaran pahala yang besar. Semoga dia aman dan tenang di sana”.
“ Ya Allah maafkanlah segala kesombonganku selama ini. Astaqfirullah! Terlalu takut untuk aku menghadapi hidup ini.
Aku mesti berubah dengan seikhlas mungkin. Seperti mana kata – kata arwah Marziah. Marziah, kini masih ada kesempatan lagi buatku . Aku mahu menjadi muslimah yang terbaik. Seperti Saidatina Aisyah, seperti Saidatina Khadijah dan seperti serikandi – serikandi Islam yang lain. Tudung kepala yang sering kubuang dulu akan kupakai buat selamanya. Bukan tahun depan, bukannya dua puluh tahun akan datang, tetapi sekarang ini juga aku akan berubah. Aku semakin tidak yakin dengan kehidupanku kini. Bahkan aku tidak pasti sama ada masih ada lagi kesempatan buatku.
Air mata Nadia semakin deras. Aku mahu berubah! Sekarang! Sudah terlalu banyak pengajaran yang dapat memberi tauladan buat aku meneruskan kehidupan ini.
“ Ya Allah, ampunilah segala dosa – dosaku, ampunilah segala dosa kedua ibu bapaku. Aku bersyukur kepada- Mu kerana telah memberi kesempatan buatku untuk bertaubat dan kembali ke jalan yang benar. Ya Allah sesungguhnya kau tetapkanlah imanku di dunia dan di akhirat…”
Kini, Nadia sudah bertekad untuk menjaga agama dan peribadinya dengan sempurna sebagai seorang muslimah dan sebagai pelajar di Sekolah Agama Nurul Iman!
Indahnya Pabila Semuanya Berlandaskan Syariat Allah
Tuesday, 11 November 2008
Jangan dikira pasangan yang sudah bercinta sekian lama, saat menikah akan terus mencintai pasangannya. Dan jangan dikira pasangan yang tidak melalui fasa percintaan akan sulit mencintai pasangannya setelah bernikah. Cinta itu ibarat pohon. Akarnya tumbuh ketika kita mulai berinteraksi dengan pasangan kita.Cinta pun akan bersemi ketika kita mulai menerima segala kelebihan dan kekurangan pasangan kita. Kita sirami dan pupuk ia dengan kasih sayang dan perhatian. Ia akan mekar dan berbuah ranum ketika kita berusaha memberi yang terbaik untuk pasangan kita. Namun ia tidak akan tumbuh begitu sahaja. Ia perlu dirawat dan dijaga dari penyakit dan hama yang menganggu. Di antara kegembiraan, kesedihan dan kehibaan. "I will marry a stranger!" Namun aku pasrah.
Jam 8.00 malam
"Yang mana satu ek.?"
"Yang itukan?"
"Iskh, bukan lah. Itu kawan dia"
"OOo ye ke. Hurm.. Takde beza pun. Mana satu ni?"
"Aku terima nikahnya Najdatul 'Iffah binti Umar Faruq dengan mas kahwinnya 80 ringgit tunai.."
"'Iffah dah jadi zaujah!" Bisik Wafa' sahabatnya seusai akad itu dan di saat aku menadah tangan berdoa. Tidak semena-mena beberapa titis air mata gugur keribaanku. Terselit juga hiba walaupun pada hakikatnya hati aku teramat gembira.
Detik-detik ijab kabul itu. Sungguh ia merupakan sebuah momentum sederhana yang memiliki energi potensi dasyat untuk mengubah kehidupan dua anak manusia yang akan menjadi sepasang suami istri. Pernikahan adalah sebuah kerja besar yang menunggu kita.Kita tidak akan lagi merasa bahagia atau sedih sendiri. Malahan sudah tidak boleh melakukan banyak hal dengan menuruti keinginan sendiri. Kini telah hadir seseorang yang mencintai kita dan harus juga kita cintai, yang memperhatikan dan perlu kita perhatikan, tempat curahan hati, berkongsi rasa, canda, tangis, bahagia, susah dan marah. Dan seseorang itu adalah suami yang Allah berikan padaku.
Bila ada keindahan,
Yang mewujud utuh.
Dalam seluruh dimensi.
Dan menyentuh utuh.
Sepenuh rasa di jiwa,
Itulah detik ijab qabul.
Selamanya.
Indahnya nyata.
InsyaAllah!
"Assalamu'alaikum!" sapa satu suara. Aku masih tidak mampu untuk mendongak, melihat wajahnya itu. Aku berteleku dan terus menunduk. Ruang di antara para tetamu wanita di hadapanku di buka untuk lelaki tersebut mendekatiku. Aku bertambah gementar.Namun terus menghulurkan tanganku buatnya, lalu disarungkan sebentuk cincin emas ke jari manisku. Kerlipan cahaya dari berbelas kamera membuatku terus berpeluh-peluh. Dia lantas keluar tanpa berkata apa-apa. Mungkin dia segan dan malu, aku menebak. Mana tidaknya, puluhan akhawat memenuhi segenap ruang yang ada di bilik kecil itu.
"Tak sempat lagi tengok muka dia."
"Tak sempat ke? Tak berani ke? Ke malu?" Wafa' masih tersengih memerli.
"Semualah sekali. Eh, dia ada kat mana sekarang?"
"Makan kot.kat luarlah. Pergilah tengok!"
"Tak mahulah. Segan sangat-sangat. Dahlah tak kenal. Dia balik lepas jamuan. Esok akan datang semula."
Aduhai.
Akhawat yang ada geli hati agaknya melihat gelagat 'Iffah. Mana tidaknya. Muka suami pun tak pernah dilihat Dah akad nikah pun masih belum melihat. Esoklah nampaknya rezekinya di waktu kenduri.
Di malam akadnya itu, dia masih belum bersama suaminya. Orang tua-tua kata tak elok selepas bernikah duduk sekali. Mesti tunggu majlis rasminya keesokan harinya.
Di saat itu dia masih membayangkan wajah suaminya yang hanya dilihatnya lewat gambar foto yang dikirimkan oleh ustaznya, perantara yang menjodohkan antara dia dan suaminya.
Di saat itu juga, memori lama terimbau kembali.
Dia masih teringat di saat dia ditanyakan adakah mahu dia berumah tangga dengan pemuda itu. Oleh kerana kepercayaan yang telah lama dibaja kepada manusia yang sudah lama mendidiknya, 'Iffah menyatakan persetujuannya. Bukan tergesa-gesa, tidak juga tanpa berfikir panjang. Malah, dia telah mempertimbangkannya sejak sekian lama.
Dia sangat mahukan pernikahannya hanyalah semata-mata kerana Allah. Dia mahu tindakannya itu disandarkan kerana Allah. Dia mahu berkarya untuk mengeratkan kasih dan produktif memaknai cinta tanpa mengharapkan balasan manusia, hattakan suaminya sendiri. Dia mahu cintanya itu bersumberkan kecintaan kepada Ilahi. Kecintaan yang benar-benar hidup dan menghidupkan.
'Iffah sedar keputusannya menyerahkan segala urusan baitul muslimnya pada jemaah untuk mengatur dan memilih pasangan hidupnya membuktikan sedalam mana intima" dan kepercayaannya pada jemaah dan manusia yang bertanggungjawab menjaganya.
Memasuki alam pernikahan memerlukan akar yang cukup kuat. Ibarat sebuah bangunan, semakin berat beban yang diterima, maka akan semakin kukuh struktur asas yang dibuat. Semakin teliti penelitian yang akan dibuat ke atas bangunan yang di buat. Bukan sahaja pada struktur asas, tetapi kekuatan pendukungnya yang lain.
Dan semenjak hari itu,setiap detik menjelangnya merambat begitu lambat, di lautan hati yang penuh bunga,senyum bertebaran di wajah-wajah cerah, yang kian berseri.
Seiring makin mendekatnya detik-detik penuh bersejarah itu, 'Iffah,seorang gadis biasa yang fitrahnya manusia, kadangkala tersadung juga. Hampir tergelincir ke lembah yang tidak diingininya. Dia mahu memelihara suci hubungan itu. Biarlah tiada ada noda. Biarlah bahagia itu bermula pada detik pernikahan itu sendiri.
Perbincangan mereka awalnya sangat terpelihara. Hanya sekadar atas urusan yang perlu dan di "cc" kan pada mereka yang selayaknya.
Ustaz, Ukhti..
Entah di mana ana harus mulakan. Agak segan menulis kata-kata walaupun tidak nampak rupa, malu pula untuk menuturkan bahasa di khalayak kalian berdua. Ana pun tidak pasti atas dasar mana ana menulis email ini, yang pastinya, aqidah ISLAM lah yang menghubungkan kita semua, tidak perlu la didetailkan lagi. Ustaz dan ukhti maklum dan jelas di dalam perkara ini insyaAllah. Ana pasti ukhti 'Iffah jelas di atas apa yang telah berlaku sebelum ini, resume telah diterima dan dibaca, boleh kata masing-masing faham tidak perlu diterangkan mengapa dan siapa kerna semua itu sudah diserahkan kepada murabbi kita. Ana hanyalah insan lemah yang menyerahkan segala yang berlaku kepada Allah s.w.t. Semoga Allah berikan yang terbaik buat kita semua. Tidak lain dari sini, ana hanyalah meminta keizinan menyatakan persoalan dengan tenang kepada ukhti 'Iffah di atas perancangannya di dalam perkara ini, ana perlu lebih jelas tentang apa yang difikirkan oleh enti.
Perbincangan sering berlaku lewat email dan "yahoo messenger". Atas alasan untuk menguruskan hal-hal bersangkut paut dengan pernikahan. Namun setelah beberapa kali berhubung sudah muncul pula icon yang mampu menggetarkan hati-hati manusia yang menanti saat yang dirasakan manis itu. Ada juga email yang terlepas dan tidak di "cc" kan pada orang lain. Astaghfirullah! Pada mulanya berchatting sedaya upaya dielakkan. Namun akhirnya 'Iffah pasrah. Tunduk pada hatinya yang seakan rindu melihat icon senyum itu menyala. Dan akhirnya syaitan itu menang jua. Walaupun tiada bicara yang melekakan. Namun cukuplah ucapan "doakan diriku pejuang sejati" mampu menggetarkan dan mengusik hatinya itu. Entah mengapa saat pernikahannya itu dirasakan terlalu lama.
Thariq Zayyad: Ok ukht, ana undur dulu.
'Iffah: Ok, jaga diri .
Thariq Zayyad: Doakan diriku pejuang ISLAM sejati =)
'Iffah: InsyaAllah :) wassalam
Thariq Zayyad: Wslm wr wbt.
Mungkin berbaur semangat perjuangan, tetapi sebenarnya ia cukup palsu! Sayang sungguh sebagai pekerja islam yang kononnya membina bangunan Islam, tetapi dalam masa yang sama meruntuhkannya. Prinsip-prinsip pergaulan dilanggar, kata-kata walaupun sebentar mampu membuka ruang fitnah. Memang di mata manusia biasa apalah sangat perbuatan itu. Mereka akan berkahwin! Tapi jiwa orang mukmin yang sensitif, yang peka dengan maksiat-maksiat kecil, dia tahu perbuatannya itu tidak diredhai oleh Allah swt. Cepat-cepat dia beristighfar. Biarlah dia bersabar asalkan pernikahannya nanti adalah suci.
Alhamdulillah, Allah tidak membiarkan ia berlaku lama. Akhirnya ada yang dapat menghidu dan menegur. Aduh.malu sungguh dirinya pada Allah! Dirinya sering dianggap hebat dan cukup tsiqah tetapi kalah pada naluri rindunya. Walaupun sekadar icon =) namun dia merasakan itu satu noda besar untuknya!
Ruang dialog hati,
Dalam kesedaran cinta ilahi,
Sebagai sebenar-benar cinta..
Kita membangun sebuah pernikahan kerana cinta kita kepada Allah. Kita ingin selalu menyempurnakan cinta itu maka kecintaan kepada Allahlah adalah yang lebih utama perlu kita perhatikan demi kelangsungan pernikahan kita di dunia dan akhirat. Tentunya kita tidak ingin membawa pernikahan kita semakin jauh dariNya kerana peluang. Kita mudah terbawa arus lantaran selalu sebuk dan lalai dengan pernikahan itu. Mudah lari dari syariatnya. Midah tertipu zahirnya dalam kebaikan. Kerana itu, kita perlu membangun sebuah komitmen denganNya dahulu sebelum menjalin komitmen dengan pasangan hidup kita.
Cinta bukan kerana keindahan yang tampak di mata.
Tetapi kerana yang menyatukan hati dan jiwa..
Akhirnya, segalanya ditinggalkan kerana Allah. Dia tidak sanggup lagi membiarkan fitnah berlaku ke atas hatinya. Komitmen dengan Allah swt dibutuhkan kerana dia bertekad membangunkan mahligai rumah tangga semata-mata mencari ridhaNya. Ingin membangunkan mahligai pernikahan dengan nuansa cintaNya dan cinta kepadaNya..
Kala cinta bertanya pada cinta.
Imanlah jawabnya..
Azan subuh yang berkumandang mengejutkan aku dari lamunan . Tidak disedari masa berlalu begitu cepat sekali. Kedengaran diluar suasana kelam kabut.bunyi kaca dan suara saudara mara hiruk pikuk di luar.
Baru aku teringat, hari itu adalah kenduri walimahku setelah akad semalam. Aku tersenyum sendirian. Di manakah suamiku? Bilakah dapat aku menatap wajahmu duhai kekasih?
Di sini teduh hadir kukuh,
Di kelopak cerah segala bunga,
Di pucuk-pucuk hijau segala rasa..
Alhamdullillah, kenduri berjalan dengan lancar hari itu. Ramai sungguh teman-teman yang hadir mengucapkan tahniah dan menyerikan lagi suasana. Aku sempat mencuri pandang ke arah suamiku. Itupun setelah disuruh oleh sahabatku. Mana tidaknya seorang di hulu, seorang ke hilir. Penat sungguh sanak saudara menyuruh kami berjalan berdua-duaan. Sungguh aku tak mampu menahan getaran hatiku berada di samping seorang lelaki asing yang tak pernah kukenal mahupun kulihat! Namun hatiku pasrah dan menerima seadanya. Biarlah proses taaruf kami berjalan selepas ini. Dan insyaAllah kami akan mengenali keluarga besar masing-masing juga. Biarlah hari ini kami kelihatan seperti dua makhluk asing pun!
Mulai detik itu, kami melayari bahtera ini dengan keindahan dan kecintaan yang sebenar. Benarlah apabila syariat dipatuhi, manisnya pernikahan itu benar-benar dirasai. Di saat itu kisah cinta agung Khadijah r.a dan Muhammad saw kita selusuri. Betapa suburnya pohon cinta itu, akar-akarnya menghujam di hati, batangnya kukuh, rantingnya menjulang ke langit, daunnya rimbun, buahnya ranum,menaungi dan memberi kebahagiaan kepada sepasang jiwa.
Benarlah. nyata pernikahan juga memerlukan keperluan emosional yang tinggi. Hubungan dua insan yang saling memahami, empati, toleransi dan motivasi. Perlunya ada penyelarasan dan keselarian emosi. Tambahan lagi ketika awal pernikahan, banyak saat-saat yang cukup terduga, oleh itu sabar dan iman harus diutamakan. Penyelarasan ini tidak akan terjadi serta merta, seperti antena radio atau tv yang perlu diputar-putar untuk mendapat gelombang yang betul, maka penyelarasan antara dua jiwa ini juga memerlukan banyak percubaan. Ini akan terjadi sepanjang pernikahan kita hingga ke akhir hayat. Sabar dan syukur memudahkan kita memandang segala permasaalah kita dengan jiwa yang jernih.
Aku benar-benar bersyukur atas apa yang dianugerahkan padaku hari ini. Sungguh tidak ternilai cintaNya padaku..
"Ya Allah!
Dimana lagikah dapat ku temui cinta sejati,
Kecuali pada cintaMu.
Ke mana lagikah hati ini harus berlabuh,
Kecuali pada kasihMu.
Jadikanlah hati yang lemah ini ya Allah,
Tertambat kukuh hanya padaMU.
Aku mohon redha atas segenap keputusanMu,
Kesejukan setelah matiku,
Kenikmatan memandang wajahMu,
Dan kerinduan untuk berjumpa denganMu.
Ampunilah diri ini yang tidak beharga Ya Allah!
Penuhilah kehinaannya dengan keindahan maghfirahMu"
"Boleh jadi kamu membenci sesua tu padahal ia amat baik bagimu,
Dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu,
Padahal ia amat buruk bagimu,
Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Surah Al-Baqarah: 216)
Qadarawi Dan Misyar
Sunday, 28 September 2008
Oleh SITI HAJAR MOHD. ZAKI
SEANDAINYA seorang wanita berhasil menggenggam dunia, berhasil mendapatkan semua anugerah penghargaan dari dunia dan berhasil mendapatkan semua kehebatan dunia, namun tidak mempunyai suami, sebenarnya wanita tersebut sangatlah miskin.
Dalam-dalam saya tanamkan persepsi itu ke jiwa saya. Persepsi itu didatangkan dari lidah seorang nisa yang sudah memacakkan besi tekad yang tidak boleh digoyang gugat. Sebagai rafik yang setia, saya cuba menghulurkan seulas persefahaman.
Namun ruang fikir saya yang waras ini payah untuk menjumlahkan persetujuan. Saya risaukan nasibnya pada hari-hari mendatang. Nasib bakal zuriatnya yang akan dikemudi seorang pendayung sahaja. Sepatutnya, berat dayung di tangan suami, berat jugalah dayung di tangan isteri dalam menongkah samudera kehidupan yang sesekali dipukul gelora.
Biarlah masa depan itu datang sendiri. Jangan cemas dengan hari esok. Kalau hari ini aku mampu lakukan yang terbaik, insyaallah esok akan baik juga Nafeesah, kan?
Zulaikha yang saya kenali memang bijak menangkis hujah. Barangkali kerana kebijaksanaan itu jugalah tiada lelaki yang berani menitipkan cinta. Zulaikha, wanita bijak yang sudah terlajak usia, payah diajak mencari cinta kerana istiqamahnya terhadap kerjaya payah diinjak-injak dan sukmanya hanya terletak kasih ayahanda bonda. Cuma akhir-akhir ini dia telah terserempak dengan satu rasa yang menggetarkan tetapi indah!
Zulaikha menggilai Yusuf? Saya menduga. Polos.
Bukan menggilai. Mengagumi. Aku, Zulaikha, cintakan kesolehan seorang Yusuf. Aku pencinta akhlaknya! Aku mahu Yusuf menuntun aku ke pintu jannah.
Ayat Zulaikha tampak bersungguh. Saya memancing lagi.
Jangan kau carikkan pakaian takwanya, Zulaikha.
Insya-Allah tidak sama sekali, Nafeesah. Aku bukanlah Zulaikha yang mencintai Yusuf kerana ketampanannya hingga sanggup mencemar maruah! Aku sedar tanggungjawabnya untuk bahtera yang lebih berhak. Aku tidak akan membiarkan bahunya sendeng di akhirat nanti kerana gagal berlaku adil.
Iman
Saya rasa terpukul. Saya mafhum, ucapan itu mewakili perasaannya sendiri. Benar, Yusuf idaman Zulaikha tidaklah setampan mana. Kalau dibandingkan dengan Zulaikha, bagaikan pekatnya langit malam dan cerah bersinarnya suria pagi. Yusuf bukanlah jejaka pujaan gadis. Apatah lagi, Yusuf hanyalah penjual ikan di pasar borong. Namun, setelah mengenali Yusuf yang bergelumang dengan kehanyiran ikan itu, persepsi saya lantas gugur terjunam! Yusuf itu memiliki kewangian iman yang tidak jemu untuk dihidu! Yusuf itu memiliki sepersil ketenangan yang menjalarkan kebahagiaan!
Mata saya menombak ke wajah Zulaikha. Kecantikan yang sulit saya zahirkan. Wajah putih mulus, kening bertaut dan berhiaskan dua lekuk di tebing pipi, rupanya masih sulit untuk membeli hati lelaki. Barangkali kecantikan yang dilengkapkan dengan setambun ilmu dan kerjaya yang mantap itulah menjadikan lelaki ketakutan. Maka jadilah Zulaikha, peguam hebat yang bukan saja digeruni di dunia perundangan, malah turut digeruni oleh kumbang untuk cuba-cuba menghinggap di hatinya!
Nafeesah, kebahagiaan itu tidak terletak pada keturunan, harta benda dan kecantikan lahiriah, tapi kebahagiaan itu terletak pada agama, ilmu pengetahuan, kesopanan akhlak dan tercapainya cita-cita. Dalam hadis riwayat Imam Tarmizi pun ada menyatakan, semulia-mulia seorang suami ialah yang memberi agama kepada isterinya.
Begitulah kilah Zulaikha tatkala saya mempertikaikan mengapa mesti Yusuf? Yusuf yang kurang pada material, wajah, kedudukan, malah paling menjengkelkan kurang pada usia. Sedangkan Zulaikha dilebihkan segalanya, apatah lagi, Zulaikha yang telah dilebihkan usianya 10 tahun daripada Yusuf!
Ketika di dunia kampus bukan tidak ada yang cuba-cuba memetik mawar semerbak mengharum itu. Tetapi dia sendiri yang memejamkan mata terhadap panahan mata arjuna. Tidak hairanlah dia telah menukilkan dirinya sebagai pelajar terbaik.
Pengetahuan adalah tempat untuk kita berehat dan tempat berlindung pada hari tua. Jika kita tidak menanamnya semasa masih muda, ia tidak akan memberi perlindungan bila kita tua nanti, Nafeesah.
Itulah alasan sahabat saya yang degil itu. Apabila melangkah ke alam guaman pula, dia komited tanpa mahu menoleh-noleh lagi kepada cacamarba warna kehidupan.
Bekerja itu adalah medium yang terbaik supaya manusia cinta kepada penghidupan. Walaupun bekerja itu akarnya pahit Nafeesah, tetapi buahnya amat manis!
Itu falsafahnya sesudah mengejar cita-cita. Falsafah itulah menghadiahkan sebuah firma guaman yang gah, kereta dan rumah mewah hingga dia terlupa akan perjalanan sebuah naluri yang memerlukan sebuah perhentian. Dia lupa untuk jatuh cinta dan mengabaikan manis senyuman sang Adam. Dia membuat anologi, jangan tertipu dengan senyuman kerana sesungguhnya racun itu kadangkala dalam manisan juga.
Cuma akhir-akhir ini, setelah gemulah ayahanda bonda kesayangannya berangkat pulang ke alam barzakh, Zulaikha telah dihimpit kesunyian. Kesunyian itulah mendorongnya secara tiba-tiba mencari pelengkap hidup.
Betullah Nafeesah, orang pernah cakap, semua pengetahuan diperoleh melalui proses pembelajaran. Kecuali cinta. Cinta itu tumbuh sendiri tanpa perlu berguru.
Buat pertama kalinya dalam ukhuwah kami ini, dia tiba-tiba bersuara membenarkan cinta! Sungguh-sungguh buat saya rasa terpana.
Jangan terpaksa berkahwin kalau untuk hilangkan status andartumu, Zulaikha.
Nafeesah, kau tentunya arif sirah Khadijah dan Muhammad, bukan?
Soalannya sinis. Saya termalu. Ternyata Zulaikha cuba mengirimkan cintanya kepada Yusuf sebagaimana Khadijah cuba melakukannya kepada Muhammad. Khadijah, saudagar wanita yang sudah berusia, namun diberikan kekayaan oleh-Nya, terpikat dengan Muhammad yang jujur membawa barang-barang dagangan Khadijah yang diniagakan di Syam. Lalu, Zulaikha menjadikan saya seperti Nafisah binti Muiyyah, teman Khadijah untuk memanjangkan lamaran. Ya, saya mewakili Zulaikha untuk meleraikan hasrat kepada Yusuf. Bunyi macam sumbang, tapi itulah realitinya. Dan, reaksi Yusuf sendiri, terkebil-kebil, linglung, gumam dan hampir kehilangan diksi.
Nafkah
Tetapi kisah ini bukan benar-benar menyalin sirah Khadijah-Muhammad. Zulaikha menginginkan Yusuf yang sudah beristeri. Ketidakmampuan kewangan Yusuf, membuatkan Zulaikha merelakan sebuah perjanjian. Perjanjian bertulis, Yusuf sebagai suami hanya perlu memberi nafkah batin, sedang nafkah zahir sepenuhnya akan ditanggung oleh Zulaikha. Zulaikha tidak kisah Yusuf jarang-jarang bermalam di rumahnya. Sedangkan, Muhammad-Khadijah susah senang bersama.
Zulaikha mencuplik pandangan Mufti Mesir, Fadhilah al-Syeikh Dr. Ali Jum'ah, yang menyatakan jika rukun-rukun nikah telah sempurna, maka sahlah perkahwinan itu dan dibenarkan jika wanita mahu menggugurkan hak yang berhak diperoleh daripada hal yang berkaitan dengan kewajipan suami. Seperti Sayyidah Saudah binti Zam'ah yang tidak mengambil hak bermalam bersama Rasulullah, sebaliknya memberikan hak itu kepada Aisyah r.a. Buat Zulaikha, dia berhajatkan ada buah cinta yang bakal tumbuh daripada pohon cinta mereka dan dia mahu membesarkan sendiri buah cintanya.
Cinta sejati tidak memandang wang, Nafeesah. Tetapi wang sangat penting untuk memelihara cinta, bukan?
Itu pendiriannya berkaitan prinsip-prinsip yang harus berdiri bersama cinta. Ya, kerana punya wang Zulaikha merelakan Yusuf tidak memberikan sesen sekalipun. Dia hanya menagih statusnya sebagai isteri yang dimuliakan dan dijanjikan jannah oleh-Nya.
Kau tahu, Nafeesah, wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbuka pula pintu-pintu syurga. Wanita boleh masuk dari mana-mana pun pintu yang dia hajatkan tanpa dihisab. Malah, wanita yang taat pada suaminya, berpuasa dan bersolat, semua ikan di laut, burung-burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar buatnya.
Kelihatan Zulaikha mengumbar senyuman tatkala menceritakan sabda-sabda Nabi s.a.w itu kepada saya.
Zulaikha, perjanjian sebegitu tidak memenuhi maksud sebuah institusi perkahwinan. Surah An-Nisa' ayat 34 jelas mengatakan suami diwajibkan mencari nafkah untuk isteri dan keluarganya. Lagipun, nanti apa kata masyarakat? Masyarakat kita tidak boleh terima perkahwinan sebegini, Zulaikha.
Aku hanya akan fikirkan tentang orang-orang yang aku cintai. Sedetik pun aku tidak izinkan waktu aku untuk memikirkan tentang orang-orang yang aku benci. Kita diciptakan di alam keimanan yang begitu luas, namun acapkali kita menyempitkan jiwa kita dengan ketakutan, kesedihan dan ketidakpastian, Nafeesah?
Saya terkedu dengan hujah Zulaikha. Betapa beruntungnya hati yang dijadikan kediaman cinta, kerana cinta membuatkan Zulaikha melupakan urusan dunia!
Aku ingin menjadi seorang ibu. Aku amat berharap benih cinta kami segera subur dan menjadi buah yang boleh dipelihara penuh kasih sayang. Doakan aku, Nafeesah!
Pahit saya menelan impian Zulaikha. Zulaikha dan ibu tunggal tiada bezanya. Cuma beza dari segi istilah. Tetapi dia tetap adalah ibu yang ditinggalkan. Punya suami tapi boleh pulang sesuka hati saat mengidamkan tubuhnya. Pastilah benih yang akan lahir itu tidak akan mempunyai ayah sebagai model hidupnya. Berkali-kali saya mengingatkan tentang nasib anaknya yang pastilah akan kekurangan kasih sayang ayah andai dia memilih perkahwinan begitu. Saya terimbas ujaran Prof. Dr. Wahbah Az-Zuhaily yang mengklasifikasikan perkahwinan pilihan Zulaikha ini sebagai makruh dan wajar dielakkan. Hukumnya makruh jika pernikahan ini tidak merealisasikan semua tujuan dan motif perkahwinan, kemanusiaan dan kemasyarakatan dalam keadaan yang sempurna.
Mendidik adalah pekerjaan hati, Nafeesah. Cukuplah doa solehnya sentiasa mengiringi aku dan anak-anak. Di luar sana, betapa ramai ibu tunggal yang mampu mendidik anak-anaknya hingga menjadi sebaik-baik umat. Tidak mustahil pun sekarang ni, seorang ibu dapat mendidik sepuluh anak tanpa suami.
Ahh, Zulaikha terlalu realistik. Hujahnya payah dipatah-patah... Dia terburu-buru mahu merasai perit nikmat mengandung. Dia terlalu menagih janji-janji pahala oleh-Nya. Zulaikha tidak sabar saat mengandungkan janin dalam rahimnya, para malaikat akan beristighfar untuknya. Dia mahu Allah mencatatkan setiap hari dengan 1,000 kebajikannya dan menghapuskan 1,000 kejahatannya.
Zulaikha tidak sabar untuk melalui saat-saat sakit hendak bersalin. Keperitan itulah yang dijanjikan Allah kepadanya bagaikan pahala orang yang berjihad kepada jalan Allah. Saat-saat dia melahirkan anak, dia akan dikeluarkan dari dosa-dosa seperti keadaan ibu yang melahirkan. Apabila menyusui anak itu, maka setiap satu tegukan daripada susu ibu akan diberikan satu kebajikan. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberikan pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Islam. Itulah bunga-bunga impian Zulaikha sedang berkembang.
Saya amat takut andai Yusuf sudah puas, rasa bosan akan menjelma tanpa bertunda-tunda. Saya takut Zulaikha akan dilepaskan tanpa belas, lalu menciptakan rafik saya itu seorang janda. Nauzubillah. Tetapi itulah yang paling saya takutkan. Kesolehan Yusuf belum cukup kuat untuk meyakinkan saya. Seperti sabda Rasulullah: Jika sesuatu urusan diserahkan kepada orang yang tidak layak, maka tunggulah saat kehancuran. Adakah Yusuf impian Zulaikha layak menggalas amanah ini?
Sahabat
Wajar atau tidak, ijab dan kabul sudah pun menjadi milik Yusuf dan Zulaikha dalam walimah ringkas. Saya hanya dapat menjadi sahabat yang mendoakan kebahagiaan mereka. Meskipun Yusuf mendapat keizinan isteri pertamanya, namun keizinan itu tidaklah didatangkan dengan nilai kerelaan yang sepenuhnya. Maka mafhumlah saya, mengapa malam giliran Zulaikha bertunda-tunda. Zulaikha pula tidaklah memendam rasa kerana memang itulah kesediaannya selama in. Malah, dia makin memperdiarkan rasa terkilannya apabila dia disahkan bunting pelamin! Maha Mencipta Rabb!
Aku mahu Yusuf sendiri yang mengazankan anak ini nanti.
Itulah doa Zulaikha. Dia tidak jemu-jemu berbual dengan janin itu. Dia semacam tiada kerinduan kepada penanam zuriat itu meskipun sepanjang hampir sembilan bulan mengandung hanya beberapa kali saja Yusuf pulang. Alhamdulillah, mungkin berkat sabarnya juga, saat mengandung langsung tidak mendatangkan masalah. Sesekali, setiap malam Jumaat Yusuf menelefon, Zulaikha akan menekapkan telefon genggamnya ke perut. Yusuf sedang mengalunkan ayat-ayat al-Quran ke pendengaran anak mereka!
Hari ini, pada 17 Rabiulawal yang indah, Yusuf menelefon saya mengkhabarkan seorang lagi umat Muhammad akan melihat dunia. Saat saya dan suami tiba di wad, syahdu mengiringi suasana tatkala Yusuf sedang mengalunkan qamat dan azan ke telinga suci bayi itu. Saya terkenangkan hajat Zulaikha yang sudah terlunas.
Saya menghampiri Zulaikha. Zulaikha yang masih lemah pucat, dengan lembutnya menggenggam jemari saya sembari tersenyum indah.
Nafeesah, putera bernama Al-Qaradhawi ini, akan aku tarbiahnya hingga menjadi ulama terkenal! Aku mahu tahu pula apakah pandangannya terhadap perkahwinan yang dipilih umminya ini.
Sukma saya sungguh berkocak-kocak tatkala menadah ayat terakhir Zulaikha itu.
Sebuah Mimpi
Monday, 15 September 2008
Rashid melipat sejadah. Dia baru saja menunaikan solat Asar berimamkan bapa mertuanya, Haji Sarip. Sudah tiga hari dia bercuti di kampung. Esok dia harus memulakan tugas seperti biasa. Setelah bersalaman dengan ibu dan bapa mertua. Rashid dan isterinya, Zakiah meminta diri untuk pulang.
Tidak lama kemudian, kereta Wira Aeroback yang dipandu oleh Rashid meluncur di jalan raya. Perjalanan dijadualkan akan mengambil masa lebih kurang empat jam. Rashid meluruk ke wajah Zakiah, isteri yang dikahwininya dua tahun yang lalu. Mungkin belum rezeki, mereka belum dikurniakan cahaya mata. Rashid tidak memikirkan sangat soal zuriat kerana perkahwinan mereka masih muda.Lagipun mereka berdua sama-sama bekerja. Cadangnya setelah ekonomi mereka kukuh sedikit, barulah merancang untuk menerima cahaya mata.
Hampir sejam berlau, Rashid membelok memasuki lebuhraya. Bahang matahari sudah mengendur. Keremangan petang membuatkan cuaca lebih nyaman. Ketika mengerling ke wajah isterinya, Rashid tersenyum. Zakiah sudah terlena.Rashid menghidupkan radio. Mendengar lagu untuk mengatasi perasaan mengantuk.
Ketika jam menunjukkan pukul 7:30 malam, Zakiah membuka mata. Dilirik wajah suaminya sepintas lalu. Sudah masuk waktu Mahgrib. Kalau tidak dingatkan,pasti suaminya tidak akan berhenti untuk menunaikan solat Mahgrib.
"Dah Mahgrib bang. Berhenti sekejap."
Wajah Rashid kelihatan keruh. Membayangkan perasaan kurang senang mendengar permintaan isterinya. Zakiah sedia maklum. Suaminya bukan sembahyang sepanjang waktu. Hanya di depan kedua orang tuanya. Malahan di depan orang tuanya sendiri, Rashid tidak pernah sembahyang. Zakiah kesal dengan sikap suaminya, sudah puas dia memberikan nasihat tetapi langsung tidak mempan.
Beberapa kilometer kemudian, Rashid membelok masuk ke tempat rehat. Zakiah kurang yakin suaminya akan turut sama menunaikan solat Mahgrib. Selalunya Rashid lebih rela menunggu di dalam kereta atau membasahkan tekak di medan selera. Tempat rehat kelihatan sesak dengan kenderaan. Rashid tidak menemui ruang untuk memarking kereta. Dia menghentikan kereta, meminta Zakiah turun.
"Abang tak turun sekali?" tanya Zakiah penuh harapan.
"Kiah pergilah. Abang tunggu kat sini. Tak ada parking," jawab Rashid mudah.
Sepeninggalan Zakiah yang turun bersama beg berisi telekung, Rashid memejamkan mata. Tempat parking masih penuh. Dia terlelap seketika, terjaga semula sewaktu Zakiah membuka pintu kereta. Perjalanan diteruskan.
"Abang tidur?" tegur Zakiah.
"Ha. Terlelap sekejap. Letih rasa badan ni."
"Kalau abang letih, biar Kiah bawak."
"Tak apa. Kalau tak tahan sangat Kiah bawaklah nanti."
Zakiah tidak membantah. Lagipun dia sendiri terasa penat. Hujan mulai turun membasahi jalan. Rashid memperlahankan kereta. Memandu dalam keadaan jalan licin mengundang risiko. Namun malang tidak berbau. Rashid sudah berhati-hati tetapi ada pemandu lain yang kurang memikirkan keselamatan diri dan orang lain. Secara tiba-tiba Rashid merasakan sesuatu merempuh bahagian belakang keretanya. Dentuman yang amat kuat kedengaran. Serentak dengan itu kereta yang dipandunya melambung sebelum menghempas jalan dengan bahagian atas ke bawah.
Apabila sudah menyedari apa yang sebenarnya berlaku, Rashid berusaha keluar.Namun kakinya tersepit sedangkan Zakiah di sebelahnya tidak sedarkan diri.
"Ya Allah! Selamatkan kami." bisiknya perlahan. Terasa mukanya basah, darah merah mengalir.
Orang ramai datang membantu. Mengeluarkan Zakiah terlebih dulu.kemudian giliran Rashid tetapi usaha mereka gagal kerana kaki Rashid tersepit.
"Tersepit. Tak boleh tarik."
"Kena tunggu bantuan. Kita bawa dulu yang perempuan ke hospital."
Rashid berdoa dan berdoa tanpa henti agar Allah S.W.T menyelamatkan Zakiah dan dirinya.
"Bertahan, encik. Kami sudah memanggil bomba!"
Anehnya Rashid tidak merasakan kesakitan yang sewajarnya. Boleh dikatakan kakinya tidak terasa dihimpit oleh sesuatu. Namun dia gagal untuk menggerakkannya.
"Tolong saya, encik." pinta Rashid dengan nada sayu.
"Mengucap cik. Berdoa kepada Allah. Cik akan selamat."
"Sabar encik. Tak lama lagi pasukan penyelamat akan sampai."
Kata-kata memberi semangat silih berganti menusuk telinganya. Dengan keremangan malam, Rashid melihat begitu ramai yang mahu membantu. Syukur...Pandangannya tertunpu pada seorang lelaki yang memakai jubah serba putih.Berserban dan berjanggut lebat. Kelihatan mulutnya terkumat-kamit sambil tangannya memegang tasbih.
"Ya Allah! Selamatkanlah aku."
Bunyi siren agak melegakan Rashid. Bantuan sudah tiba.Pasukan bomba dengan tangkas mengeluarkan alat kelengkapan untuk mebebaskan Rashid dari himpitan.Beberapa minit berlalu, kemudian suasana menjadi sunyi apabila salah seorang anggota bomba bersuara.
"Kakinya tak tersepit apa-apa. Pelik.kenapa tak boleh keluar?"
Usaha untuk mengeluarkan Rashid terhenti. Semua yang ada di situ kebingungan. Mereka tidak mampu menarik Rashid keluar, sedangkan tidak ada apa-apa yang menghimpitnya. Rashid sendiri kebingungan. Bencana apa yang sedang menimpanya.
"Ini bukan kerja manusia macam kita. Kena panggil orang yang tahu." terdengar sebuat pendapat.
Rashid semakin gementar. Doanya tidak putus-putus. Ketika mulutnya terkumat-kamit berdoa, tiba-tiba dia merasakan seseorang berjongkok disebelahnya. Rashid berpaling, agak tersentak melihat lelaki berjubah tadi berada di sebelahnya.
"Tuan.tolong saya tuan."
"Saya tak boleh menolong, Yang Berkuasa hanyalah Allah Taala."
"Saya tak berhenti berdoa, tuan. Tolonglah saya, tuan."
"Kamu berdoa kepada siapa?"
Rashid terdiam. Aneh bunyi pertanyaan lelaki itu. Dalam keadaan cemas begitu, Rashid merasakan bukan tempatnya untuk bergurau. Apatah lagi lelaki itu kelihatan seperti orang alim.
"Sudah tentulah pada Allah."
"Tetapi Allah bukanlah Tuhan kamu!"
Rashid tidak mampu hendak menggerakkan sebarang anggota. Kalau tidak,sudah pasti dia akan mengerjakan lelaki itu. Nampak saja alim, tetapi bercakap seperti orang yang tidak berilmu.
"Bukankah selama ini kamu tak pernah menyembah Allah. Kamu hanya mendirikan sembahyang di depan mentua kamu. Sedangkan di belakang mereka, kamu tidak pernah ingat pada Allah. Tidakkah kamu malu meminta pertolongan dari Allah. Kenapa kamu tidak meminta pertolongan dari mentua kamu!"
Tenggorok Rashid terasa amat kering. Dia ingin bersuara, memohon ampun atas kesilapannya selama ini, tetapi tidak ada suara yang keluar. Lelaki berjubah itu hanya tersenyum, kemudian bangun dan meninggalkan Rashid. Rashid berusaha untuk memanggil, ingin memaklumkan bahawa dia menyesal tetapi mulutnya tidak mampu lagi dibuka. Sedangkan kesakitan mula terasa. Sesuatu yang amat berat menghimpit sehingga dia tidak mampu bernafas. Rashid cuba meronta tetapi usahanya hanya sia-sia. Tidak lama kemudia dia tidak sedarkan diri.
"Abang! Abang!!"
Perlahan Rashid membuka mata. Wajah isterinya memenuhi pandangan.Syukurlah isterinya selamat. Rashid memanjatkan kesyukuran di dalam hati. Akhirnya mereka mampu keluar dari bencana.
"Sedapnya tidur. Naik serak suara Kiah mengejutkan abang."
Tidur? Rashid terpinga-pinga. Segera dia memandang sekeliling. Ya Allah! Dia masih berada di tempat rehat.
"Kiah tunggu sekejap. Abang nak solat Mahgrib!" kata Rashid sambil terkocoh-kocoh membuka pintu kereta.
Zakiah tercengang, namun senyuman merekah di bibirnya.
Kain Cinta Putih
Thursday, 7 August 2008
Peluh mengalir deras membasahi seluruh tubuh kecil yang sedang asyik membanting tulang empat kerat. Setiap kali titisan peluh itu mengalir meluruti dahi menuju ke kelopak mata, pantas dikesat dengan lengan bajunya. Rasa letih mula menjalar perlahan-lahan menyerap ke seluruh tubuh. Namun, tubuh kecil itu tetap menggagahkan diri untuk menghabiskan bakian kerjanya. Jika dituruti rasa letih dan penat itu mungkin akan mengakibatkan seisi rumahnya kelaparan.
“Pak Majid! Lidi yang telah diraut ni Kudin letakkan di atas para bawah rumah. Buah kelapa yang Kudin kutip tadi, semuanya Kudin kumpulkan di tepi tangga di belakang rumah sana” ujar Kudin sebaik sahaja usai kerjanya meraut lidi serta memungut buah-buah kelapa kepunyaan Pak Majid.
“Kudin! Ini duit upah untuk hari ini. Besok boleh tak Kudin tolong Pak Majid bersihkan kebun?” kata Pak Majid sambil menghulurkan sejumlah wang kepada Kudin.
“Insya Allah. Kalau mak Kudin tak sakit, Kudin datang bantu Pak Majid besok” balas Kudin. Setelah berjabat tangan, Kudin meminta izin pada Pak Majid untuk pulang ke rumahnya. Dengan secangkir senyuman ikhlas, Pak Majid membenarkan Kudin pulang. Selepas terungkap lafaz salam Kudin pun meninggalkan Pak Majid.
Kudin mendongak ke langit. Sang mentari yang garang membakar, betul-betul tegak di atas kepalanya. Suatu petanda menandakan bahawa waktu Zohor hampir tiba. Seolah-olah ia adalah satu suruhan tanpa suara kepada semua manusia yang beriman agar bersiap-sedia untuk menunaikan tiang agama. Langkah kaki yang disusun semakin pantas diatur. Menyusuri denai dan semak menuju ke pondok usang tinggalan Allahyarham bapanya. Sekalipun pantas, kewaspadaan terhadap rintangan yang sedia tersaji menjadi satu signifikan dalam dirinya. Kecelakaan mungkin boleh berlaku. Paku, duri dan kaca bakal tertusuk menembusi telapak kakinya andai dia tidak berwaspada dan berhati-hati. Rutin hariannya akan tergendala sekiranya hal sedemikian menimpa dirinya.
***********
“Assalamualaikum, Mak! Abang balik ni” laung Kudin memanggil ibunya.
“Waalaikumussalam. Anak mak dah balik. Masuk nak” jawab makcik Habibah ibu Kudin. Dia hanya mampu menyambut kepulangan anaknya itu sehari-hari dengan kata-kata manis. Dia mengharapkan kata-kata itu menjadi pemangkin serta penawar keletihan anaknya. Kalau diikutkan hati dia tidak mahu mengizinkan anak sulungnya itu bekerja. Dia amat menginginkan Kudin mendapat pelajaran seperti anak-anak orang lain yang seusianya. Tapi kuasa Allah mengatasi segalanya. Dia kini lumpuh kedua-dua belah kaki akibat dari kemalangan yang dialaminya ketika Kudin masih berusia dua tahun dan Zubaidah anak keduanya berumur setahun. Kemalangan itu telah meragut nyawa suaminya yang merupakan ketua keluarga mereka. Tapi dia yakin bahawa Allah s.w.t tidak bersifat dengan sifat kejam. Allah s.w.t tidak menzalimi keluarganya. Ujian yang dialaminya kini adalah tarbiah dari Allah. Ujian ini bukanlah satu penganiayaan tetapi satu penilaian dari Allah terhadap dirinya. Dia juga telah menitipkan keyakinan ini terhadap kedua-dua anaknya. Mereka anak-beranak redha dengan ketentuan Allah ini.
“Mak dah makan?” tanya Kudin sebaik sahaja kakinya melangkah masuk.
“Belum. Mak tunggu abang. Kita makan sama-sama ya”
“Baik. Em! Adik mana mak?”
“Ke belakang katanya tadi. Ambil batang lambok buat ulam” ujar Makcik Habibah.
Kudin melangkah keluar meninggalkan ibunya menuju menuju kebelakang rumah mereka.
“Zubaidah! Awak buat apa tu?” tegur Kudin. Sejak dia pandai menyebut nama adiknya itu, belum pernah dia meringkaskan nama Zubaidah. Dia sangat menyayangi adiknya. Zubaidah juga senasib dengannya. Tidak mendapat pendidikan kerana kemiskinan keluarga mereka.
“Ambil lambok ni. Abangkan suka makan ulam lambok cicah dengan sambal tempoyak. Adik goreng ikan je hari ni. Tak sempat nak masak gulai. Tadi, asyik sangat berkebun sampai terlewat masak. Abang tak marahkan?” ujar Zubaidah sayu. Dia bimbang akan dimarahi abangnya.
Kudin menghampiri Zubaidah lantas mendakapnya dengan penuh manja. Diusapnya rambut halus Zubaidah perlahan-lahan. Dahi si adik dikucup. Ditatapnya wajah Zubaidah beberapa ketika. Kemudian diukirnya sekuntum senyuman untuk Zubaidah.
“Tak marah. Adik abang tak pernah buat abang marah. Tak ada gulai pun kita tetap makan jugak kan. Bukankah mak selalu pesan pada kita yang makan ni untuk hidup dan bukan hidup untuk makan. Adik abang ingat lagikan” tutur Kudin menyantun lembut.
“Adik ingat abang” balas Zubaidah.
“Em! Zubaidah tanam apa hari ini?” tanya Kudin.
“Kacang panjang dengan timun. Sedap ni kalau cicah dengan tempoyak” jawab Zubaidah sambil tersenyum bangga.
Kedua-dua beradik itu berjalan dalam pelukan melangkah masuk ke dalam rumah. Mereka kemudian makan bersama-sama. Tengahari itu mereka sekeluarga makan dengan penuh kemesraan. Kudin dan Zubaidah bergilir-gilir menyuap nasi ke mulut ibu mereka. Ibu lumpuh itu seakan terlupa akan kesempitan hidup mereka bila melihat telatah kedua-dua anaknya.
***********
“Siapa tahu apa maksud anak soleh?” tanya Ustaz Taufiq menguji kefahaman murid-muridnya. Semua muridnya terlopong sambil berpandangan sesama mereka. Tidak kurang juga segelintir dari mereka yang menggaru-garu kepala yang tidak gatal.
“Nurul Husna! Boleh terangkan pada kawan-kawan apa yang Nurul Husna tahu tentang anak soleh?” soal Ustaz Taufiq kepada salah seorang muridnya yang sedang asyik membelek-belek kotak pensel. Dalam keadaan terpinga-pinga Nurul Husna senyum tersengih. Giginya yang rongak bahagian depan mengurangkan sedikit seri wajahnya. Ustaz Taufiq tersenyum. Dia faham benar dengan kerenah semua muridnya. Diajunya soalan yang sama kepada Abdul Rafiq pula. Abdul Rafiq merupakan murid yang paling nakal dalam kelas itu tetapi amat luas pengetahuannya. Ibunya juga seorang guru agama. Dia mengajar di kampung sebelah.
“Saya, kalau anak soleh tu tak tau la Ustaz. Tapi kalau anak Salleh tu saya kenal sangat” jawab Abdul Rafiq sambil tangnnya menunjuk ke arah Nur Shahirah. Nur Shahirah ialah anak Pakcik Salleh tukang gunting rambut kampung mereka. Dia terkejut. Kemudian terus menangis kerana kelas mentertawakannya.
“Tap! Tap! Tap!” bunyi rotan diketuk ke meja. Ustaz Taufiq mententeramkan kelasnya. Abdul Rafiq didendanya. Kemudian dia menjelaskan kepada murid-muridnya maksud anak soleh.
“Anak soleh ialah anak yag sentiasa patuh dan taat kepada perintah kedua ibu bapanya selagi mana mereka tidak menyuruh kepada perkara-perkara yang bertentangan dengan perintah Allah dan nabi kita Muhammad s.a.w” jelasnya.
“Kita tidak boleh melawan kata-kata ibu dan bapa kita. Nabi s.a.w bersabda : Keredhaan Allah itu terletak pada keredhaan kedua ibu bapa dan kemurkaan Allah itu terletak pada kemurkaan kedua ibu bapa” jelasnya lagi.
“Dan yang paling utama ialah anak yang soleh ini sentiasa mendoakan kebahagian kedua ibu bapanya di dunia dan akhirat” sambungnya lagi. Semua muridnya terdiam. Bermacam-macam reaksi dari mereka apabila mendengar penjelasan itu. Ustaz Taufiq mengerti keluh-kesah murid-muridnya.
“Kelas! Semua sekali tengok Ustaz?” pintanya.
Semua murid memandangnya. Dia membiarkan mereka terdiam sebentar. Sambil menarik nafas dia bertanyakan satu soalan kepada mereka.
“Awak semua sayang tak pada mak dan ayah awak?” soalnya.
“SAYANG” jawab mereka serentak.
“Awak semua nak tak mereka masuk syurga?” soalnya lagi.
“NAK”
“Jadi, kalau awak semua nak mereka masuk syurga, awak semua kena rajin-rajin belajar tentang Islam. Sebab anak yang sayangkan ibu dan bapanya mesti pandai tentang agama Islam. Agama Islam mengajar kita cara berdoa untuk kebahagiaan ibu bapa kita. Kalau awak semua nak pandai berdoa untuk mak dan ayah awak, mesti kena datang sekolah agama hari-hari. Inilah bukti kita cintakan mak dan ayah kita” jelasnya berjela.
“Apa bukti cinta kita pada mak dan ayah kita?” tanya Ustaz Taufiq pada murid-muridnya.
“KITA KENA DATANG SEKOLAH AGAMA TIAP-TIAP HARI SUPAYA KITA PANDAI BACA DOA UNTUK KEBAHAGIAN MAK DENGAN AYAH KITA, USTAZ” serentak dijawab oleh semua muridnya.
Kudin yang sedari tadi duduk di luar kelas menitiskan airmatanya. Dia hanya mendengar pengajian itu dari luar kelas kerana tidak mampu untuk membayar yuran. Begitulah rutin hariannya hampir setahun. Selama itu juga tidak seorang pun menyedari kehadirannya. Dia juga tidak ingin kehadirannya diketahui. Bimbang mengganggu ketenteraman orang lain. Memang itulah hakikatnya. Kanak-kanak kampung itu tidak berapa suka berkawan dengannya. Malah mereka menggelarnya dengan gelaran Kudin Kurap. Dia sendiri sehingga kini masih memikirkan kenapa dia digelar “kurap” walhal setompok kurap pun tidak pernah bertunas di tubuhnya. Barangkali kerana pakaiannya yang lusuh menyebabkan dia dihina sedemikian.
Kudin mengesat air matanya. Otaknya berputar memikirkan kata-kata Ustaz Taufiq sebentar tadi. Bukti cinta seorang anak kepada ibu bapanya ialah hadir ke sekolah agama setiap hari. Kenapa? Supaya faham tentang agama Islam. Untuk apa? Untuk mengetahui cara mendoakan kesejahteraan mereka. Sekali lagi air matanya berderai ke pipi. Bagaimana mungkin untuk dia hadir ke sekolah setiap hari. Hendak membayar yuran pun dia tidak mampu. Hidupnya sekeluarga sekadar kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Kalau setakat mendengar dari luar kelas sebegini bagaimana untuk dia lekas pandai berdoa. Belajar perlu diuji. Ujian untuk mengetahui tahap kefahaman seseorang. Itulah antara butiran permata bicara yang didengarinya dalam khutbah jumaat yang lepas. Dia tidak bisa diuji kalau tidak hadir ke sekolah seperti kanak-kanak seusianya.
Kudin terus menangis sambil meratapi takdir dirinya. Bukan menyesali. Tapi dia seorang kanak-kanak. Dia tidak setabah ibunya. Airmatanya mencurah-curah. Tangisannya menyerap masuk ke dalam kelas tanpa ia sedari. Suara tangisannya telah menarik semua murid berlari meluru ke arah jendela.
“KUDIN KURAP!” jerit mereka serentak. Kudin terkejut dan cuba lari beredar. Akan tetapi langkah kakinya terhalang oleh suara Ustaz Taufiq yang memanggilnya. Ustaz Taufiq bergegas ke luar kelas mendapatkan Kudin.
“Siapa nama awak?” tanyanya pada Kudin.
“Fakhruddin bin Mansur”
“Tapi orang panggil saya Kudin” jelas Kudin.
“Tak mengapa. Kalau orang panggil awak Kudin biar Ustaz panggil awak Fakhruddin. Nama kita adalah doa” jelasnya.
“Kenapa Fakhruddin tak masuk kelas belajar bersama kawan-kawan lain” tanyanya pula.
“Saya tak ada duit untuk bayar yuran dan beli baju, Ustaz” jawab Kudin.
Ustaz Taufiq berfikir seketika. Dahinya berkerut. Dipejamkan matanya mengharapkan pertolongan daripada Allah s.w.t agar bisa dirungkaikannya masalah ini. Hati dan fikirannya berbicara rancak mencari jalan penyelesaian.
“Macam ni la Fakhruddin. Soal yuran tu awak tak perlu fikirkan. Taulah Ustaz nak uruskannya. Cuma tentang baju tu masalah sikit. Sekolah ni sentiasa dipantau oleh pegawai dari majlis agama. Mereka mahu semua murid di sini datang sekolah dengan pakaian seragam. Baju melayu putih sepasang serta sampin hijau dan bersongkok hitam. Ustaz tak mampu nak bantu awak beli baju tu” terangnya memberi jalan.
“Berapa harga baju tu Ustaz?” tanya Kudin.
“Ustaz tak pasti sebab ustaz tak ada anak lelaki. Setahu Ustaz kita kena tempah baju tu. Cuba awak tanya pada kedai Ah Seng di pekan” sarannya.
“Untuk pengetahuan Ustaz, saya bekerja mengambil upah membantu orang-orang kampung. Beginilah. Mulai esok saya akan bekerja dengan lebih kuat. Walau apa cara sekalipun saya mesti dapatkan baju itu. Baju itu nanti akan menjadi bukti cinta saya pada mak dan ayah saya” ujar Kudin penuh bersemangat. Ustaz Taufiq sungguh terharu. Dia berdoa didalam hati memohon kejayaan Kudin.
***********
Sejak hari itu Kudin bekerja dari pagi hingga lewat petang. Berbagai-bagai kerja yang dilakukannya. Menebas, mengutip kelapa, membersih kolam ikan dan banyak lagi. Tujuannya hanya satu. Baju seragam sekolah agama. Dia mesti berusaha dengan sekuat tenaganya kerana Allah sentiasa bersikap adil terhadap hamba-hambaNya. Kurnia Allah setimpal dengan usaha hambaNya. Sekiranya kuat kita berusaha maka banyaklah yang akan kita perolehi hasilnya dan begitulah sebaliknya. Bak kata pepatah, dimana ada kemahuan di situ ada jalan.
Tiga minggu Kudin memerah keringat untuk mencapai cita-citanya. Hari ini dia akan ke kedai Ah Seng di pekan untuk menempah baju yang diingininya. Dia merasakan wangnya telah mencukupi. Sengaja dia tidak bertanya terlebih dahulu tentang harga di kedai Ah Seng seperti yang disarankan oleh Ustaz Taufiq. Upah selama tiga minggu kerja bermati-matian dirasakannya cukup untuk menempah baju seragam tersebut. Sebelum ke pekan dia bertemu dahulu dengan ibu dan adiknya Zubaidah untuk memberitahu hajatnya ini. Mereka berdua gembira mendengarnya.
“Zubaidah! Abang janji. Kalau abang dah masuk sekolah agama nanti, abang akan ajar adik apa yang abang belajar” ujar Kudin kepada Zubaidah.
“Terima kasih abang. Eh! Silap. Ustaz Abang” jawab Zubaidah sambil berseloroh mengusik abangnya.
“Ini janji abang, Zubaidah. Abang nak kita berdua jadi anak yang soleh” ujar Kudin bersemangat. Zubaidah mengangguk-angguk tanda faham dengan maksud abangnya.
“Adik jaga mak ya” pesan Kudin pada Zubaidah.
“Mak! Baju itu nanti akan menjadi bukti cinta dan kasih sayang abang pada mak, ayah dan adik. Mak doakan abang ya” kata Kudin pada ibunya.
“Mak sentiasa mendoakan kebaikan untuk anak-anak mak” jawab ibunya dengan linangan air mata kebanggaan.
Kudin pun meniggalkan ibu dan adiknya menuju ke pekan. Dalam perjalanan dia membayangkan betapa segaknya dia dengan pakaian seragam itu nanti. Dia semestinya puas. Pakaian seragam itulah tanda cintanya terhadap keluarganya. Dan yang paling membanggakan ialah dia mendapatkannya dengan wang hasil usahanya sendiri.
***********
“Tauke! Saya mau tempah baju untuk sekolah agama. Berapa dia punya harga?” tanya Kudin kepada tauke Ah Seng.
“Oh! Lu budak. Gua ada kenai sama lu. Bapak lu punya nama Mansur kan?” tanya tauke Ah Seng.
“Ya la tauke. Macam mana tauke boleh kenal saya punya bapak?” tanya Kudin kehairanan.
“Gua ha. Sama lu punya bapak banyak baik dulu-dulu. Lu tadi mau tempah sekolah agama punya baju bukan. Dia punya halga RM35. Tapi itu mahal punya kain la. Kalau mulah punya kain gua kasi lu RM20. Tapi itu kain Melayu bikin bungkus olang mati la” jelas tauke Ah Seng.
“Itu songkok berapa harga dia tauke?” tanya Kudin sambil menunjuk ke arah songkok hitam di dalam almari kaca.
“Itu RM25 satu. Lu mau ka?”
“Mahal la tauke. Saya ada RM30 saja”
“Ini macam la budak. Gua punya anak ala ini songkok. Dulu dia ala masuk sekolah punya pancalagam. Sikalang tatak ala pakai lagi. Gua kasi lu angkat. Hadiah gua sama lu. Dia punya kepala sama lu punya kepala ala sama”
“Terima kasih tauke. Saya mau angkat kain yang murah punya. Lebih duit ni saya bikin belanja”
“Banyak bagus la itu macam. Sini mali. Gua kasi ukur lu punya badan dulu” minta tauke Ah Seng. Sambil mengukur dia rancak bercerita itu dan ini tentang bapa Kudin. Ternyata mereka terlalu akrab suatu masa dulu.
“Lagi satu minggu lu latang sini kasi angkat lu punya baju. Itu jam juga lu boleh masuk sekolah agama” beritahu tauke Ah Seng.
“Terima kasih tauke. Ini baju tanda cinta saya pada saya punya mak, ayah dan adik saya”
“Banyak baik lu punya hati. Saya banyak suka dapat jumpa lu ini hali”
“Terima kasih tauke. Saya balik dulu”
Kudin terus berlari pulang ke rumahnya kerana terlalu gembira. Dia perlu segera sampai ke rumah untuk berjumpa ibu dan adiknya. Mereka juga harus merasai sama berita gembira ini.
“Hoi! Budak. Jangan lali. Jalan pun lu boleh sampai rumah” jerit tauke Ah Seng kepada Kudin dari dalam kedainya. Kudin berpaling sambil melambai-lambai tangannya kepada tauke Ah Seng.
“BANG!!!”
Dengan tidak semena-mena muncul sebuah kereta yang bergerak laju menghala ke arah Kudin serta melanggar tubuh kecil itu. Hentakkan yang kuat menyebabkan Kudin tercampak 30 meter ke hadapan. Tauke Ah Seng yang melihat kejadian itu di depan matanya menjerit sekuat hati. Dia kemudian berlari ke arah Kudin. Kudin yang ketika itu tercungap-cungap tanpa sebarang suara. Tauke Ah Seng memangku kepala Kudin yang diselubungi darah di atas pahanya. Dia berteriak kepada orang ramai supaya menahan mana-mana kereta untuk membawa Kudin ke hospital berdekatan.
Darah yang mengalir deras terus-menerus keluar dari mulut, hidung dan mata selain melalui bahagian kepala Kudin yang luka parah. Kaki dan tangannya terkulai. Kudin berdengkur. Dari perlahan bertukar kuat. Kemudian keluar darah berbuih dari mulutnya. Selepas itu tiada lagi sebarang tindak balas dari tubuh kecil itu. Kudin tidak bergerak. Nafas yang tadinya tercungap-cungap kini telah terhenti. Terhenti untuk selamanya. Orang ramai yang mengerumuninya menggeleng-gelengken kepala. Kudin telah pergi menemui Tuhannya.
***********
“Mana la abang kamu ni Zubaidah? Dah nak masuk Asar masih tak balik-balik lagi” rungut Makcik Habibah.
“Entahlah mak. Biasanya sebelum sampai Zohor abang dah ada di rumah” jawab Zubaidah.
“Eh! Mak. Tengok sana tu. Ada van masuk ke rumah kita” kata Zubaidah.
Makcik Habibah kaget. Dia tergamam melihat sebuah van menghala ke rumahnya. Dia kenal benar dengan van itu. Van jenazah hospital. Zubaidah hanya memerhatikan van itu sehingga berhenti di hadapan pintu rumahnya tanpa mengerti seperti ibunya. Keluar dua orang lelaki dari van tersebut menuju ke depan pintu rumah mereka.
“Assalamualikum!” salah seorang dari mereka memberi salam.
“Waalaikumussalam” jawab mereka berdua.
“Makcik ni ibu Fakhruddin ya?” tanya lelaki yang seorang lagi.
“Ya” jawab Makcik Habibah.
“Kami harap makcik banyak-banyak bersabar. Anak makcik Fakhruddin kemalangan. Dia dah meninggal. Ni kami datang hantar jenazahnya” jelasnya.
“Tauke Ah Seng yang tunjukkan kami jalan ke mari” ujar lelaki yang memberi salam tadi.
Zubaidah terus mendakap ibunya serta menangis sebaik sahaja mendengar kata-kata lelaki itu. Mereka dua beranak berpelukan menangisi pemergian Kudin.
Jenazah Kudin dibawa masuk ke dalam rumah kecil mereka. Jenazahnya diletakkan ditepi pembaringan ibunya. Ibu lumpuh itu memeluk erat anaknya yang tidak lagi bernyawa. Dikucupnya kedua-dua belah pipi dan dahi jenazah anaknya itu. Kemudian diikuti oleh Zubaidah melakukan seperti apa yang dilakukan oleh ibunya. Lama dia mendakap. Dia tidak mahu melepaskan pelukannya. Makcik Habibah menenangkan anak perempuannya itu. Zubaidah mengalah dengan kata-kata ibunya. Dia terusan menangis dipangkuan ibunya.
“Nyonya! Ini kain lu kasi bungkus lu punya anak. Tadi sebelum kena langgar dia ana bili dekat gua punya kedai” kata tauke Ah Seng sambil menghulurkan kain putih yang dibeli oleh Kudin di kedainya. Makcik Habibah menyambut kain putih itu. Dia kemudian mengucup kain itu beberapa kali. Kain yang ingin Kudin jadikan baju melayu itu akan digunakan sebagai kain kapan jenazahnya. Kain putih yang ingin dijadikan bukti cintanya kepada ibu, bapa dan adiknya kini menjadi pembalut tubuhnya bertemu Allah cinta yang hakiki.
Oleh: Mohd Zahid Bin Abu Bakar
Ahad : 0321,
11 Safar 1429H/17 Febuari 2008M,
Bait Al-Ghali, Hayyu Sabi’,
Kaherah, Mesir.
Cinta Rais Raisah
Wednesday, 9 July 2008
SATU
“ Fiq, jom sarapan “
Hening pagi dipecahkan dengan laungan umi. Taufiq tergagau betah. Lamunannya diterjah dan diganggu. Laungan itu tidak dijawabnya. Dia diam melayan gelodak hatinya. Lukanya perlu diubati.
Fikirannya melayang jauh mengingatkan nasib yang menimpa bayi comelnya Aisyah. Aisyah tidak bersalah. Aisyah tidak tahu apa-apa. Aisyah kehilangan Aliya, ibunya gara-gara sikap dinginnya.
Taufiq agak sesal dengan apa yang berlaku. Semua silap dia. Dialah punca segala-galanya. Dia suami dan ayah yang tidak bertanggungjawab.
Taufiq bungkam. Tidak tahu di mana hendak dimulakan rentaknya semula. Dia malu pada umi. Malu juga pada ayah. Dia lebih malu pada mak dan abah, mertuanya. Dia tidak layak untuk berdepan dengan semua orang lantaran semua salahnya.
Aliya terseksa gara-gara sikapnya yang acuh tidak acuh. Semua sudah terlambat. Aliya pergi jua walau dia merintih pada Tuhan.
Ajalnya telah tiba. Dia tahu itu semua tapi kehilangan Aliya amat dikesalinya lantaran dialah puncanya.
“ Liya! Maafkan abang, bantulah abang untuk tebus kembali salah dan silap abang pada Liya “
“ Memang abang mengaku yang abang kahwini Liya sebab terpaksa. Abang abaikan Liya. Abang seksa hidup Liya. Maafkan abang Liya.
“ Tapi Liya. Abang jatuh cinta dengan sifat sabar yang ada pada Liya. Liya sungguh-sungguh kental. Liya istimewa pada abang lepas 2 bulan kita hidup bersama ” Hati taufiq berbisik.
Biarlah Liya tidak mendengarnya. Yang penting dia mahu melepaskan rasa bersalahnya pada Liya.
Dua bulan dia tidak mempedulikan Liya selapas akad. Dia tidak boleh menerima Liya sebagai isterinya. Bisikan hati sering menghasut batinnya.
Dia nekad untuk bersama Aliya bila hatinya ikhlas menyintai perempuan itu. Dia harus jujur. Dia tidak mahu menipu Aliya.
Dua bulan dia mencuba. Dua bulan dia paksa hatinya untuk menghargai kecantikan dan keluhuran perempuan yang dikahwini atas desakan uminya.
“Liya memang istimewa. Abang amat rindukan lembut suara Liya. Benar-benar rindu ”
Rupanya gadis itu punya kuasa istimmewa. Sifat sabar berjaya menawan hatinya. Dia jatuh cinta pada isterinya setelah dua bulan usia perkahwinannya. Saat itu dia benar-benar bahagia.
Dia makin rasional dan dengan sepenuh hati menyintai sepupunya, juga rakan sepermainannya. Yang lebih penting, Aliya adalah haknya. Dia juga milik sah Aliya.
“ Abang cintakan Liya “ bisiknya
“ Liya sayangkan abang untuk selamanya. Liya nak bersama abang sampai ke syurga “ Bisikan itu masih terngiang di telinganya walau Aliya sudah dijemput pergi selepas setahun usia perkahwinan dan tidak akan kembali.
“ Tuhan lebih sayangkan liya. Abang maafkan dan halalkan semua silap dan makan minum Liya. Liya juga maafkan abang ya “
DUA
“ Saya terima nikahnya Aliya binti Osman dengan mas kahwinnya RM 2,000 tunai “
Dengan penuh kelam lafaz kahwin dilafazkan berwalikan mertuanya, juga bapa saudaranya.
Taufiq terpaksa gara-gara memenuhi permintaan umi dan ayahnya.
Dua bulan sebelumnya dia dikhabarkan tentang hasrat kedua orang tuanya supaya mengahwini sepupu sendiri.
Dia masih ingat malam itu. Gelagat umi dan ayah pelik sekali. Semacam ada sesuatu yang diinginkan darinya.
Dia tidak mengesyaki apa-apa yang luar biasa. Dia hanya mahu habiskan cuti seminggu sebelum menyambung kembali kerjanya.
Dia mahu lupakan semua masalah pejabat dan fail-fail kes perceraian yang bertimbun di atas mejanya. Terlampau banyak kes tuntutan cerai yang saban hari menyerbu bilik pejabatnya. Hidup dia diganggu dengan kes-kes tragis perceraian.
Semua kes tragis yang diurus menjadikan dia bertambah trauma dengan sebuah ikatan perkahwinan. Apa lagi perkahwinan yang bakal ditempuh adalah perkahwinan atas desakan keluarga.
******
Najihah!
Nama itu mengingatkan kembali pada arca sejarah yang pernah mewarnai tangkai hatinya. Barangkali sirah itu jugalah yang merobek nubari lelakinya. Dia masih ingat zaman kampus dan perkenalannya dengan Najihah.
Kalau mahu dikira memang dia tidak pernah bercinta. Apa lagi dia amat-amat mengerti akan hukum yang telah tersurat.
Prinsip agama yang amat dimengertikannya bahawa cinta hanya selepas akad. Dia amat-amat nekad dan patuh pada ajaran agama. Lagi pula dia adalah pimpinan pelajar.
Najihah gadis lemah lembut tapi tegas bila berbicara. Najihah pemimpin siswi. Dia memang ada menaruh hati pada wanita tudung litup itu. Dalam ramai-ramai siswi yang sering dijumpainya sama ada atas urusan rasmi persatuan atau pengajian, hanya dia yang berjaya mencuri hatinya.
Tapi dia hanya membisu kelu lantaran sedar siapalah dirinya jika mahu dibandingkan dengan Najihah.
Dia hanya gagak di rimba, Najihah pula fikirnya merak kayangan. Dia hanya pipit di hutan tapi Najihah pula enggang lindungan.
Biarlah dia simpan sendiri perasannya. Dia pasrah.
“Ya Rabb, kalau benar dia milik ku, Kau segarakanlah”
TIGA
“ Umi tak boleh buat Fiq macam ni. Ni soal hati dan perasaan. Fiq tak boleh terima Liya sebagai isteri. Fiq tak boleh umi“
Puas dia merayu pada umi dan ayah untuk melupakan hasrat menjodohkan dia dan Aliya, sepupu sepermainan sejak di bangku sekolah menengah lagi hinggalah ke mereka berdua menyambung pengajian ke Universiti Al-Azhar, Mesir.
Bermacam-macam alasan diberikan tapi umi dan ayah tetap berkeras dengan keputusan. Katanya dia dan Aliya telah ditunangkan sejak kecil oleh arwah datuknya. Ini hasrat dan wasiat arwah datuknya supaya dia dan Aliya disatukan.
Jenuh dia jelaskan soal wasiat yang melibatkan masalah perkahwinan hanyalah harus, tidak wajib dituruti. Ia soal hati dan perasan. Tapi hujah hukumnya ditolak mentah. Dia harus redha dan menerima Aliya seadanya.
Ibunya memberi kata dua. Samada menerima Aliya sebagai suri hidupnya atau dia akan selamanya dilaknat sebagai anak derhaka.
Dia pasrah dan korbankan perasaannya demi kebahagiaan kedua ibu bapanya. Itu lebih baik fikirnya.
Dia tahu yang uminya benar-benar serius. Dia juga faham benar sikap uminya yang pantang dibangkang keputusannya. Jauh sekali beza dengan sikap ayahnya.
Ayahnya seorang yang pendiam. Jarang sekali dia melihat ayahnya meninggikan suara samada pada uminya atau anak-anak. Ayah seorang yang tegas tapi selalunya boleh berkompromi dalam segenap hal. Sikap itu yang diwarisinya. Sikap mengalah ayah amat kuat diikutinya.
Fikirnya dia harus mengalah demi kebahagiaan umi. Juga mengharapkan agar ketaatan dia pada kedua ibu bapanya akan diberkati Allah. Dia tidak mahu memutuskan hubungan baik terutama dengan umi hanya kerana masalah kecil yang hanya melibatkan hati dan peraaannya.
Dia sedar kalau bukan kerana kasih sayang dan didikan sejak kecil uminya, dia tidak mungkin mampu menjadi sebaik itu. “ Besar sungguh jasa dan pengorbanan mereka, apa salahnya aku korbankan perasaan sendiri ” Hati kecilnya sering berbisik begitu.
Lagi pula ayahnya juga mahukan dia mengahwini Aliya. Dengan nada kebapaan ayahnya menyuarakan pandangan ketika mereka keluar memancing bersama. Hanya dia dan ayahnya.
“Fiq! Tak semua benda yang kita mahukan dalam hidup ini akan kita perolehi. Memang Allah jadikan begitu. Ia sunnatullah kepada hamba yang Dia sayang. Dia mahu kita sedar yang kita hanya hamba yang lemah. Ayah rasa fiq faham benar tentang itu semua ”Tenang sekali suara ayahnya.
Dia hanya memandang ayahnya tanpa kata. Pandangannya beralih ke lopak air. Mahu sahaja air matanya menitis.Cepat-cepat dia menakungnya. Dikerlip-kerlip dan didongak tinggi. Dia amat-amat terharu dengan kata-kata ayahnya. Dia pasrah.
EMPAT
“Abang tak cintakan Liya. Abang tak boleh terima Liya, abang dipaksa. Tolong bagi abang masa untuk tenangkan fikiran. Abang harap Liya faham”.
Aliya tunduk membatu. Air jernih menakung di kelopak matanya. Taufiq sedar dia tidak seharusnya luahkan apa yang terbuku di hatinya pada gadis yang baru dikahwininya.
Aliya tidak bersalah. Dia langsung tidak tahu apa-apa. Dia gadis baik, lemah lembut dan Taufiq kenal benar sepupunya itu.
Dari kecil Aliya tidak pernah membangkang apa jua katanya. Aliya memang seorang gadis yang baik dan mudah mendengar kata.
Dia tahu semua itu tapi masalahnya dia tidak bersedia menerima Aliya sebagai suri hatinya. Dia sudah ada calon lain. Aliya dipandangnya semacam adiknya.
******
Najihah!
Hanya itu sahaja nama yang berlegar di mindanya. Walaupun dia hanya gila bayang untuk memiliki Najihah tapi dia tetap mahu menunggu dan menanti agar suatu hari Najihah akan membuka hati untuknya. Hati Najihah cukup sukar untuk ditawan.
Najihah semacam acuh tidak acuh sahaja dengan permohonan Bait Muslim yang dihantarnya melalui Imran, ketua bait muslim persatuan pelajar yang juga sahabat baiknya sejak tahun pertama dibumi Anbiya’.
Najihah benar-benar mendera jiwanya apabila jawapan yang diberikan diterimanya daripada Imran mendukacitakan. Najihah menolaknya mentah-mentah.
Sungguh, dia tidak puas hati dengan tolakan tersebut tanpa diperincikan apa sebabnya. Fahamnya, Najihah tidak menolak cintanya. Najihah semacam tersepit. Tapi dia tidak tahu apa puncanya.
“Kita mungkin tiada jodoh, Ana harap ustaz terima takdir ini seadanya,” itu jawapan yang diterimanya.
Dia sungguh-sungguh merana dengan sikap Najihah tapi cintanya makin subur. Najihah mencabar ego lelakinya. Dia nekad memiliki cinta Najihah. Dia perlukan masa untuk itu.
Suasana tempat pengajian dan pegangan ketat dengan hukum yang sejak dulu lagi dipelajarinya menyebabkan dia tidak boleh terus meluahkan hatinya pada Najhah.
Lagi pula status dia sebagai mahasiswa tahun akhir Kuliah Syariah Islamiah Universiti Al-Azhar menjadikan dia amat berpegang dengan hukum yang dipelajarinya.
Dia amat yakin dengan saluran Bait Muslim yang disediakan persatuan Pelajar Keluarga Pelajar-Pelajar Kelantan Mesir (KPKM) .
Lagi pula dialah Rais yang mengepalai KPKM. Dia mesti jujur dan amanah dalam menjalankan tugas kepimpinan. Ijtihad kepimpinan mesti diikuti. Dia tidak boleh secara sendirian menemui Najihah. Dia mesti menunjukkan contoh teladan yang baik.
Najihah juga bukan sembarangan pimpinan. Dia Raisah HEWI (KPKM), sama macam dirinya. Mereka berdua punya tanggungjawab dan amanah yang seharusnya menjadi contoh. Hatinya perlu dikorbankan demi keselesaan orang lain.
Dia sedar itu semua. Memang dia dilatih demikian oleh naqibnya.
LIMA
“Fiq, sudahlah tu, jom makan” Laungan umi sekali lagi mengejutkannya.
Taufiq dengan langkah berat meninggalkan bilik Aisyah, bayi 7 hari yang baru sahaja kehilangan ibunya.
Aliya, isterinya yang meninggal semasa melahirkan bayi comelnya, Aisyah. Taufiq masih belum boleh melupakan bagaimana tragisnya Aisyah dilahirkan.
Ekoran kecuaian dan sikap acuh tidak acuhnya menyebabkan dia rasa bersalah menghantui dirinya atas kehilangan Aliya.
Sungguh Taufiq tidak menjangka kecuaiannya meninggalkan Aliya untuk berkursus di Pulau Langkawi membawa padah pada dirinya.
Aliya bersalin seorang diri di rumah dan akibat kehilangan banyak darah, Aliya tidak dapat diselamatkan.
Dia bergegas pulang dari Langkawi bila uminya menelefon mengatakan yang Aliya sedang tenat di ICU. Aliya bersalin tidak cukup bulan. Seingatnya kandungan itu baru mencecah 7 bulan. Aliya dikatakan terjatuh.
Mujur mak dan abah datang berkunjung tepat pada masanya. Kalau tidak Aisyah juga mungkin tidak dapat diselamatkan.
Baru sahaja hatinya dibuka untuk cinta Aliya dua bulan selepas diijab kabul tapi sayang dia pergi meninggalkannya tanpa sebarang pesan. Mujur Aisyah ada sebagai pengubat luka.
“Liya, abang janji akan bahagiakan dan berikan kasih sayang sepenuhnya pada Aisyah. Maafkan abang!”
Kakinya melangkah longlai ke ruang makan. Ada tetamu rupanya yang sedang bersembang rancak dengan ibunya. Semua tetamu itu bertiga. Dua perempuan seorang lelaki.
Hatinya tidak tenteram untuk menerima kehadiran tetamu. Dia masih rindukan Aliya dan rasa bersalahnya pada isteri yang baru dicintainya masih kelat memberatkan senyum di bibirnya. Dia perlukan masa untuk menerima berita duka tersebut.
“Fiq, ni pakcik Jalal dan keluarga nak ziarah Fiq.” Ayahnya bersuara memperkenalkan gerangan yang bertandang.
Matanya melirik pada tetamu yang hadir. Salam diberi, senyum diukir penuh.
“Ustaz Taufiq apa khabar, takziah atas apa yang berlaku, harap ustaz sabar.” Seorang lelaki sebaya ayahnya menegur senyum.
Matanya terlirik gadis bertudung labuh di sebelah kiri.
“Ya Allah, Najihah!”
Memori lama bertandang lagi, apakah ini takdir Ilahi atau Taufiq tetap akan setia dengan Aliya.
Taufiq tekad kali ini, Aisyah akan diberi pembelaan dan haknya.
Najihah, gadis yang pernah mencuri hatinya. “Aliya! Maafkan abang”
Najihah, Raisah yang dulu pernah diidamkannya. Dia pula Rais, juga suami degil yang hanya pentingkan diri sendiri. Dia malu pada semua orang.
“Ya Allah! Ampunkan aku, arwah isteriku, dan rahmati bayiku Aisyah dan tunjukkan aku jalan yang benar untuk menempuh hari mendatang” Amin...
Milik siapa pula hati ini. Cinta pasti berbunga. Dia yakin janji Allah.
“ Kalau dia milikku, kau segerakanlah “
- TAMAT – 16 Mac 2008, 10.35 malam
Muhammad Najid Bin Abdullah
Kuliah Syariah Islamiah, (4)
Universiti Al-Azhar, Kaherah
Kelantan Student’s Hostel
No 22, Elbaramica Street, Block 46, 7th District,
Nasr City, Arab Republic of Egypt.
