Kemalangan Jalanraya
Monday, 26 January 2009
Pada suatu hari, ada sebuah kereta yang dipandu terhoyong hayang melanggar tiang lampu dan terbalik. Kesemua penumpangnya yang terdiri dari seorang lelaki tua, seorang wanita tua dan dua orang anak kecil luka parah tak berdaya. Hanya seekor monyet yang merupakan binatang peliharaan keluarga masih sihat tanpa sedikit lukapun.
Pihak polis kebingungan melihat kejadian itu, lalu memutuskan untuk menyoal saja pada si monyet untuk memperoleh keterangan mengenai kejadian tersebut..
Polis: "Monyet, apa yang terjadi sebenarnya?"
Si monyet kemudian merebahkan dirinya dalam keadaan terbalik beberapa kali.
Polis: "Oh... kereta terbalik beberapa kali. Jadi apa yang dilakukan oleh lelaki tua itu?"
Si monyet menirukan gerakan mabuk sambil mengayakan minum arak.
Polis: "Oh... lelaki itu sedang mabuk masa memandu. Dan bagaimana pulak wanita tua itu? Anak-anak juga buat apa?"
Si monyet menirukan posisi orang tidur. Kemudian bergerak-gerak seperti orang sedang bertengkar.
Polis: "Oh okey.. Saya dah faham. Wanita tua itu tido dan anak-anaknya bertengkar dalam kereta. Dan kamu sendiri pula buat apa monyet?"
Si monyet kemudian menirukan gaya memandu...
Kalau Pasal Solat, Boleh Pulang Awal
Thursday, 1 January 2009
Seorang boss entah macam mana mood dia memang baik sungguh pada hari ni. Sesiapa yang nak minta balik lima jam lebih awal hari ni dia kasi, tapi alasannya mestilah munasabah. Haaaa!! Alasannya mestilah pasal solat aja! Alasan lain tak boleh. Tau macam tu tiba-tiba je ada 4 orang pekerja bawahan datang mintak balik awal..
Pekerja 1: Assalamu'alaikum Boss, boleh saya pulang awal? Saya balik nak solat di rumah lah boss, boleh tak?
Boss: Tak boleh! Do sini kan ada surau, solat jemaah lagi. Lagi banyak pahalanya..!
---
Pekerja 2: Saya boleh balik awai kot Boss?
Bosss: Hang apa pasai?
Pekerja 2: Saya nak balik tengok anak saya solat zohor ke tak? Entah-entah dia ponteng?
Boss: Tak boleh balik, hang telefon saja bini hang suruh dia tengok!
---
Pekerja 3: Assalamu'alaikum Boss!
Boss: Ha, nak balik awal juga ke?
Pekerja 3: Errrrr.. Ye boss, boss baik! hehe..
Boss: Alasan apa pula engkau ni?
Pekerja 3: Saya nak balik solat jenazah. Ada orang kampung saya meninggal pagi tadi! Boleh kot boss saya pulang awal?
Boss: Tak bolehhh! Itu fardzu kifayah jer! Orang kampung lain yang ramai tu boleh solatkan. Doa kat sini pun boleh! Dah! Pergi buat kerja!
---
Pekerja 4: Assalamu'alaikum Boss! Saya nak balik awal boleh tak hari ni?
Boss: Kenapa?
Pekerja 4: Isteri saya telefon, dia kata dia dah boleh solat!
Boss: Ye ke? Ha! Kalu gitu awak baliklah. Kesian awak dah seminggu menunggu!!!
Pekerja 4: Terima Kasih Boss!!! Heeeeeeeee..
Ali, Budin & Ciko
Friday, 21 November 2008
Di sebuah kampung ada 3 orang remaja yang suka lepak. Sorang tu nama dia Ali, sorang tu Budin dan sorang lagi Ciko. Aktiviti seharian depa ni menyebabkan Tok Imam tak senang duduk. Pada satu hari Tok Imam tu datang dengan niat nak tarbiyah depa ni.
Maka berlakulah beberapa insiden cabar-mencabar. Tok imam tu mencabar 3 remaja tu ke surau waktu Maghrib nanti.
Si Ali pun berkata, "Tok imam ingat kami ni jahil sangat ke? Takpa, nanti kami buktikan yang kami bukan lah jahil sangat seperti yang disangkakan!"
Maka apabila hampir masuk waktu Maghrib, pergilah 3 remaja tu ke surau.
Tok imam pun suruh Ali azan. Tanpa berlengah terus je Ali azan, "Allah Ta'ala... Allah Ta'ala...". Dengan segera Tok Imam merampas mikrofon daripada Ali & menyuruh Tok Bilal azan semula. Terserlah kejahilan Ali.
Selepas iqamat, masa nak sembahyang Tok Imam pun mengangkat takbiratul ihram. Tok imam pun satu hal, angkat sekali tak khusyuk, angkat dua kali pun tak khusyuk juga lagi. Masuk je kali ketiga, Budin panggil Tok Imam. "Tok, Tok duduk kat belakang, biar saya jadi imam."
Tok imam pun undur le ke belakang.
Budin pun mengangkat takbiratul ihram. "Allahu akbar!" Maka para makmum pun ikut angkat takbiratul ihram & memulakan solat. Tiba-tiba je si Budin ni pusing ke belakang dan berkata, "Aa, tengok! Sekali jee Tokkkk!!". Lalu batallah solat Budin. Yang lain-lain pun ikut berenti sambil ketawa terbahak-bahak.
Tok imam pun mintak pula si Ciko jadi imam. Si Ciko pun terus ke depan jadi imam solat tersebut bermula dari takbir sampai habis solat. Siap dengan wiridnya sekali. Punyalah respek Tok Imam kat si Ciko ni!
Lepas solat, Tok Imam pun puji-memuji si Ciko ni. Tapi dengan bongkaknye si Ciko berkata...
"He hee, itu belum ambil wuduk lagi tu. Kalau tak, lagi dasyat aku solat. He heee..."
Tok imam pun terkedu & terpanah...
Malam Pertama
Tuesday, 28 October 2008
Suasana masih riuh di luar. Sanak saudara semuanya berkampung disini. Gelak ketawa, gurau senda jelas kedengaran. Aku memimpin isteriku ke dalam bilik pengantin. Suara-suara sumbang terlalu banyak yang menegurku.
"Hai, malam masih muda, dah nak masuk tidur?" sapa Pak Ucu.
"Orang muda bang Aji, biarlah. Air dah penuh kat kepala tu." sahut Pak Tam disambut hilai ketawa sanak saudara yang lain. Meriah sungguh keadaan diluar walau jam sudah menunjukkan pukul 11.00 malam.
Hadiah yang masih belum dibuka ku susun ke tepi. Lampu ku tutup. Merebah diri ke katil pengantin, aku menoleh ke arah isteriku.
"Kita tidur dulu lah yer. Ramai sangat orang kat luar tu." Isteriku hanya mengangguk tanda setuju.
Entah pukul berapa sekarang, aku pun tidak tahu. Keadaan di luar gelap gelita dan senyap sunyi. Tanda sanak saudaraku telah pulang dan keluargaku telah tidur.
Jari jemariku lembut membelai rambutnya. Ku selak rambut ikal yang menutupi telinganya lalu membisikkan "Assalammualaikum.." ke telinganya untuk menguji isteriku.
"Wa'alaikummussalam.." Rupanya isteriku masih belum tidur. Ku kucup pipi halusnya. Ku kucup dahinya yang mulus. Semerbak harumnya menusuk deria bauku. Akanku tunaikan tanggungjawabku sebagai suami malam ini. Jari-jemari ini terus membelai tubuhnya. Perasaanku tidak dapat dikawal lagi, namun...
"Kringggggg....!!"
"Tik..!! Tik..!! Tik..!! Tik..!!"
"Kring..!! Kring..!! Kring..!!"
Bunyi-bunyi jam loceng entah dari mana memenuhi ruang bilikku. Terkejut dengan segala macam bunyi yang ada, aku membuka lampu. Serentak itu, terang benderang seluruh rumahku. Bunyi-bunyi ini telah berjaya membangunkan semua orang di rumahku.
Aku mencari-cari punca bunyi-bunyi itu. Mataku terarah ke sekotak hadiah yang masih terbalut rapi. Aku buka dengan pantas dan di dalamnya terdapat 5 buah jam loceng. Juga sekeping kad berbunyi...
"Selamat Pengantin Baru!
Jangan gopoh-gopoh. Baru Pukul 2 pagi. Jangan maree.. Kami potong stim.."
Ali & Petom
Friday, 10 October 2008
Cerita ini mengisahkan tentang seorang lelaki yang bernama Ali. Dia ni orang Johor. Die ade awek name Petom. Petom pula duduk di Perlis. Diorang tak pernah jumpa sebelum ni, hanya mesej dan call saja. Gambar pon diorang tak pernah tengok sebab mereka hanya memakai nokia 3310i.
Diorang dah tak tahan nak jumpe sangat-sangat, jadi diorang pon berpakat akan berjumpe pada hari raya pertama. Dan diorang brcadang untuk berjumpa di rumah Petom.
Petom telah beritahu keluarga dia yg Ali akan datang beraya di rumah mereka.
Seminggu sebelum hari raya, Petom terlibat dengan satu kemalangan. Mayat Petom selamat dikebumikan. Seluruh keluarga Petom sangat bersedih atas pemergian Petom. Petom didapati terkoban dalam kemalangan tersebut.
Akan tetapi, Ali tidahk mengetahui hal ini. Kebetulan, henfon Ali rosak pada hari kematian Petom. Sehari sebelum raya, baru lah henfon dia siap dibaiki. Apabila henfon dah ok, Ali terus mesej Petom. Mesej yg dihantar oleh Ali tersebut semua di'reply'.
Padah hari yg ditetapkan, dengan alamat yang pernah diberi oleh Petom kepada Ali, dia bertolak dari Johor pada subuh awal syawal, dan sampai di perlis pada petang hari itu juga dengan memandu kereta proton wira 1.6 kepunyaan kawan baiknya. Bila sampai sahaja dirumah Petom, dia terus bagi salam dan memperkenalkan dirinya kepada ibu bapa Petom.
Ibu bapa Petom pon menyuruh Ali duduk. Mereka berbualan dengan bertanya tentang diri Ali. Tetapi mata Ali terjenguk-jenguk kearah dapur dan bilik-bilik yang ada dirumah tersebut kot-kot Petom keluar atau menyorok dari dia. Ali semakin tidak senang duduk.
Setelah lama berbual, Ali pon tanya pasal Petom kerana beliau tidak tahan nak berjumpa dengan Petom. Ibubapa Petom menyarankan supaya Ali banyak bersabar. Ali semakin hairan, dan bertanya kepada ibubapa Petom, "Kenapa mak cik, pak cik? Apa yang dah berlaku pada Petom?"
"Petom telah meninggal dunia.." kata ibu Petom.
Ali semakin kehairanan. Ali bertanya "Bila mak cik? Sebab apa??"
Ibu bapa Petom pon menceritakan tentang hal kejadian. Ali agak terkejut. Tetapi Ali tidak percaya kerana beliau ade sms dengan Petom sebelum berangkat ke perlis Ali pon tunjuk semua sms itu kepada ibu bapa Petom.
Setelah membaca dan melihat nombor telefon tersebut, ibubapa Petom hairan kerana cara sms dan nombor telefon itu memang Petom yang punya. Untuk mendapatkan kepastian, ibubapa Petom bawak Ali ke tanah perkuburan Petom.
Ali masih tak berpuas hati dan mengorek kubur Petom. Memang betol Petom sudah mati dan berada didalam kubur tersebut. Ali semakin hairan dan ketakutan.
Sebelum Petom meninggal, Petom telah berpesan kepada orang tua die supaya kalau dia mati, tanam skali henfon dia sebab dia terlalu sayang dengan henfon dia tu. Ibubapa Petom turut menceritakan hal ini kepada Ali.
Ali pon cuba sms Petom didepan ibu bapa Petom.
"Awak tengah buat apa?"
Tidak lama kemudian, henfon Ali berbunyi dan ade satu sms diterima. Apabila buka sahaja sms tersebut, kesemua mereka terkejut kerana sms itu dibalas oleh Petom dan sms tersebut berbunyi "Tak ada buat apape pun. Awak dah sampai ke?"
Ali semakin panik dan membalas "Ibubapa awak kata awak dah MATI?"
Dan Petom pun balas "Memang saya dah meninggal.."
Ali cuba beranikan diri dan membalas semula sms tersebut dengan "HABIS TU, MACAM MANA AWAK BOLEH BALAS SEMUA SMS SAYA?"
Tidak lama kemudian, henfon Ali pon berbunyi lagi. Kesemua mereka menjadi semakin panik, takut dan macam-macam bermain difikiran mereka semasa Ali hendak membaca sms tersebut. Apabila mereka baca sms tersebut, mereka semua TERKEJUT BEROK & kehairanan dan terpinga-pinga.
Kerana sms tersebut berbunyi..
"DIGI ADA DIMANA-MANA"
hua hua hua XD
Penjual kuih yg slamber...
Monday, 22 September 2008
Suatu hari sebuah kereta api meluncur laju menghampiri sebuah perkampungan. Di perkampungan itu ada seorang wanita penjual kuih tinggal berhampiran landasan tersebut yang baru sahaja selesai membasuh kain lapnya yang warna merah. Selesai membasuh, dia mengibaskan kain tersebut untuk dijemur di pagar berhampiran landasan.
Dari jauh, pemandu kereta api terlihat seorang wanita dengan kain lap yang berwarna merah yang dikibas-kibaskan. Kerana menyangka perbuatan wanita itu sebagai isyarat bahaya. Terus pemandu keretapi membrek dengan mendadak hingga menyebabkan para penumpang keretapi terpelanting dengan dahsyat sekali.
Apabila keretapi berhenti tepat di depan wanita tersebut, pemandu keretapi terus bertanya "Ada apa Puan?"
Dengan selamber wanita itu menjawab...
"... yang tinggal cuma karipap dan pulut panggang aje..."
Mandikan Kucing
Monday, 8 September 2008
Seorang budak lelaki berusia lingkungan 8 tahun membeli sekotak serbuk pembasuh daripada sebuah kedai runcit.
Pekedai: Banyak sangat ke pakaian nak dibasuh?
Budak: Saya nak mandikan kucing saye
Pekedai: Eh! tak boleh gunakan serbuk ni, ia terlalu kuat untuk kucing awak. Silap-silap kucing awak mati nanti!
Budak itu terus berlalu selepas membayar harga serbuk basuh itu. Seminggu kemudian budak itu kembali ke kedai runcit tersebut.
Pekedai: Bagaimana kucing kamu?
Budak: Mati!
Pekedai: Kan saye dah kata...!
Budak: Tapi saye tak fikir serbuk itu yg membunuhnya.
Pekedai: Habis siapa yg membunuhnya?
Budak: Mesin basuh itu.. Ia berpusing terlalu laju..!
Pertandingan Ratu Cantik
Saturday, 23 August 2008
Suatu pertandingan ratu cantik sedang berlangsung. Seorang demi seorang wanita cantik keluar ke pentas memperagakan diri sambil diperkenalkan oleh juru acara majlis.
"Inilah Miss Malaysia!" Tetamu bertepuk sambil bersorak.
"Inilah Miss India!" Sorakan bertambah gemuruh.
"Inilah Miss China!" Semakin rancak tepukan dan ada yang bersiul.
Tiba-tiba tabir belakang pentas terselak dan keluarlah seorang nenek tua bertongkat tercengang-cengang. Nenek itu kelihatannya seolah-olah tak mengerti lansung apa yang berlaku. Sambil berjalan dengan tongkatnya atas pentas, nenek tua itu menggaru-garu kepalanya.
Keadaan itu membuatkan juru acara tergamam dan spontan berkata "Err.. dan yang ini pula... Miss understanding..."
Al-Kisah Cinderella
Monday, 11 August 2008
Pada satu hari ada seorang budak pompan bernama Cinderella. Dia tinggal dengan emak tiri dia dan tiga orang kakak dia punya laki. Eh salah. Kakak tiri dia. Saban hari saban waktu dia kena buli dengan kakak-kakak tiri dan emak tiri dia. Hari-hari dia diperintah oleh manusia-manusia yang tak berhati perut ni.
"Cinderella! Gosokkan baju aku!!!"
"Cinderella! Ambilkan kan aku air dalam esbok!"
"Cinderella! Pi kasi makan kuda aku!"
"Cinderella! Pi gali perigi!"
Pada satu hari, ada satu majlis tari-menari di istana yang dianjurkan oleh Kelab Joget Lambak. Putera raja di negara itu hendak memilih jodoh untuk dijadikan isteri, jadi dijemputlah semua anak-anak gadis di negara itu untuk menghadiri temasya tari-menari.
Tiga-tiga kakak tiri dia bukan main excited sekali. Mak dia pun sama. Jadi diorang pun bersiaplah untuk majlis tersebut dengan harapan mereka akan dipilih untuk menjadi isteri putera raja. Mak dia tak masukk share pasal mak dia muka pecah, jadi dia hanya boleh kasi sokongan moral je kat tiga-tiga anak dia ni. Cinderella pun excited jugak, tapi dia tidak dibenarkan pergi melainkan dia dah habiskan kerja-kerja rumah yang ditugaskan kepadanya. Kerana terlalu sangat ingin pergi ke majlis itu, Cinderella berupaya menyiapkan semua kerja-kerja rumahnya.
"Ok Emak, semua sudah habis, Cinderella boleh pergi ke party tu next week ye?" tanyanya dengan nada yang cukup gembira.
Mak tiri dia ni sememangnya tak mahu dia pergi, hati dia busuk kerana dia tahu Cinderella memang jambu. Jadi di perintahkannya lagi untuk terus bekerja.
"Oh kau dah habis ye? Ok sekarang kau cat rumah ni, lepas tu kau pasang cornice letak downlight siket, pastu buat kabinet, pastu buat wiring, kalau dah siap baru kau boleh pergi" perintah mak tiri dia.
Cinderella kecewa, dia tahu there's no way dia boleh buat semua kerja-kerja tu by next week, dia boring, duduk termenung sambil terisak-isak menangis. Tetiba Fairy Godmother dia turun dari kayangan.
"Apesal kau bersedih Cindy?" tanya fairy godmother
"Sedih ah takleh pergi party unless semua kerja kerja ni siap" jawab Cinderella.
"Lerr buat lah kerja tu. Maner tahu kalau sempat"
"Mana sempat. Nak jalan pi shopping bebarang, abih nak buat kerja lagi. Jalan nak shopping bebarang je dah makan masa dua tiga hari" balas Cinderella.
"Oh pasal tu? Don't you worry. I can help you on that" balas fairy godmother.
"Camner?" tanya Cinderella
Si fairy godmother pun ambil sekeping buku yang dah lusuh, ambil tongkat hikmatnya dan transform tu buku ke satu buku baru yang sangat tebal. Di campakkannya kepada Cinderella.
"Nak save time? Nah ambil ni. Yellow Pages. Let your finger do the walking"
Pengajaran: jangan nak berangan, kalau nak sesuatu benda tu kena usaha siket. jangan harap lah boleh jadik dengan serta merta"
Four Engineers In The Car
Tuesday, 29 July 2008
Four men rode in a car: a mechanical engineer, an electrical engineer, a chemical engineer, and a computer engineer.
The car stalled out.
The mechanical engineer said, "It must be the pistons; let's repair them and be on our way."
The electrical engineer said, "It has to be the spark plugs; we'll replace them and be ready to roll in no time at all."
The chemical engineer said. "No, it's got to be bad gas; we'll flush the system and be on our way."
They turned to the computer engineer. "What do you think we should do?" they asked.
The computer engineer shrugged and said, "Let's get out of the car, close the doors, then get back in and try restarting it."
Konsep 'Kita'
Wednesday, 16 July 2008
Tersebutlah suatu kisah dimana si isteri telah meluahkan rasa tidak puas hatinya pada sang suami yang berbunyi lebih kurang begini..
Isteri: Apa lah abang nie. Asalkan kawan abang datang, abang mesti cakap rumah abang, kereta abang, TV abang, sofa abang. Tak adil lah macam nie. Asik-asik abang aje.
Suami: La. Abis ayang nak abang cakap macam mana?
Isteri: Abang cakap la rumah kita, kereta kita, TV kita, sofa kita. Bukankah semua harta benda nie hak milik kita bersama?
Suami: Ahhh.. Iya lah iya lah.
Isteri: Hmm.. Abang dari tadi lagi terhegeh-hegeh cari apa?
Suami: Haa, ada tak awak nampak seluar dalam KITA???
Isteri: %#@**^&%#@
Keluarga Miskin
Friday, 4 July 2008
Di sebuah sekolah, seorang anak kepada seorang bintang filem terkenal diminta oleh gurunya menulis karangan tentang sebuah keluarga miskin. Beginilah karangan yang ditulisnya:
"Pada zaman dahulu kala ada sebuah keluarga miskin. Di mana ibunya miskin, ayahnya miskin, anak-anaknya miskin. Orang gajinya miskin, pemandunya miskin. Tukang kebunnya miskin, pengawal rumahnya miskin. Baby sitternya miskin. Semuanya miskin-miskin..."
Cerita Sedih
Wednesday, 18 June 2008
Ada tiga orang sahabat si Abu, si Bakar dan si Chairu, yang tinggal serumah di sebuah apartment setinggi 60 tingkat. Pada suatu petang setelah tamat bertugas mereka pun pulang ke rumah.
Dilihatnya ramai orang sedang berkerumun di depan lif. Rupanya elektrik terpadam dan lif tidak berfungsi.
si Abu: Macam mana ni, rumah kita plak atas sekali?
si Bakar: Aduhhhh. Bikin bingung kepala, nak panjat tangga larat ke..?
si Chairu: Aku rasa baik kita panjat tangga aje. Kita pun tak tahu bila agaknya elektrik ada balik
si Abu: Aku ada satu idea! Kita panjat tangga sambil bercerita, tapi kita kena bercerita yang sedih aje. Sebab kalau kita buat cerita lawak, kita akan terasa sesak nafas bila kita ketawa. Biar kita serius dengar cerita.
Mereka pun bersetuju, maka mulalah melangkah kaki memanjat tangga untuk ke tingkat 60. si A mula bercerita...
si Abu: Aku masa kecil punyalah sedih dalam sejarah hidupku. Aku membesar tanpa bapa, bapaku meninggal semasa aku dalam kandungan, dari kecil aku... bla bla bla bla bla...
Punya la sedih mereka mendengar cerita si Abu hingga nangis meleleh-leleh. Sedar tak sedar mereka dah sampai kat tingkat 20. Mereka berhenti sekejap bukannya kerana penat tapi berhenti untuk lap air mata. Kemudian mereka kembali memanjat sambil si Bakar pula bercerita...
si Bakar: Sejarah hidup aku lagi sedih, semasa umur aku 5 tahun kedua ibu bapaku meninggal dalan kemalangan jalanraya. Aku dibesarkan oleh abang sulung ku saja yang pada tu berumur 15 tahun. Abang sulung ku tak bersekolah dan dia bekerja untuk menyara aku adik beradik seramai 4 orang... bla bla bla bla...
Sekali lagi mereka bertiga nangis meleleh sedih. Punyalah lama cerita si Bakar dengan tak sedar mereka dah sampai ke tingkat 55. Hanya 5 tingkat aje lagi. Sambil melangkah memanjat tangga yang ketingkat 56, si C mula menyampuk
si Chairu: Alaaaaaa... Korang punya cerita tak sedih lagi. Cerita aku lagi sedihhhh punya.
si Abu: Kau ada sejarah hidup sedih juga ke...?
si Chairu: Emmmm... Mungkin hari ini dalam sejarah...
si Bakar: Cerita aje le. Kita dah tinggal 4 tingkat je lagi
si Chairu: Aku sedih kerana...
.. KUNCI RUMAH KITA, AKU TERTINGGAL DALAM KERETA... UWAAAAAA!!!
Jangan anggap sejarah hidup kita yang paling sedih padahal ada lagi insan lain yang mengalami sejarah hidup yang lebih pahit dan pedih huhu
Ahmad, motor dan...
Saturday, 7 June 2008
Kisah ni berlaku pada seorang yang bernama Ahmad. Dia ni kerja kilang ikut shif. Shif dia petang jadi balik tengah malam. Satu malam tu dia lalu jalan nak pergi airport di Ipoh ni sampai lah di sebuah masjid. Depan masjid tu ada tempat sampah. Selalunya tempat sampah kan busuk. Tapi malam tu tempat tu wangi pula. Kebetulan, ada sorang perempuan pakai baju serba putih tahan dia. Katanya nak tumpang sampai ke hujung kampung.
Ahmad pun terpaksa lah bagi dia tumpang. Perempuan tu pun naik. Dia punya wangi semacam aje. Ahmad pun dah naik seram sejuk. Dalam perjalanan, sampai di satu jalan yang berbukit. Jadi dia tekan minyak motor dia sebab nak cepat dan dah rasa semacam bawak perempuan tu. Lepas aje kawasan bukit tu, dia rasa motor dia ringan. Bila dia paling muka ke belakang, tengok-tengok perempuan tu dah hilang tapi masih ada bau wangi. Apa lagi dia terus pecut motor balik rumah masuk selimut tidur bawah katil.
Esok seperti biasa dia bekerja. Balik ikut jalan yang sama juga. Sampai di tempat semalam, perempuan yang dia jumpa semalam
ada lagi di situ. Ternaik bulu roma dia hendak terus pecut motor. Tapi motor dia macam tak nak jalan bila betul-betul depan perempuan tu. Apa nak buat dah terhenti di situ. Perempuan tu celapak naik (tumpang tu) motor si Ahmad ni. Dalam keadaan seram sejuk Ahmad ni terus aje bawak motor tanpa tengok belakang sambil baca ayat-ayat apa yang patut. Sampai tempat berbukit semalam, perempuan yang tumpang tu tepuk bahu si Ahmad. Tapi Ahmad tak nak paling belakang jugak. Perempuan ni tepuk lagi bahu dia. Bila dah dua tiga lagi tepuk baru dia paling. Perempuan tu masih kat belakang motor dia.
Perempuan tu cakap kat Ahmad, "Abang, jangan bawak laju sangat. Semalam adik jatuh tergolek kat sini".
Gajah Liar
Tuesday, 27 May 2008
Tiga pengembara ingin berkhemah berhampiran air terjun. Mereka memilih satu kawasan air terjun yang terdapat di sebuah hutan dara. Dalam perjalanan menuju ke kawasan air terjun, mereka telah sesat. Hari sudah hampir senja.
Tiba di suatu kawasan, mereka ternampak papan tanda yang ditulis oleh pihak Perhatian: "Awas, kawasan gajah liar!" Dua pengembara amat cemas, namun seorang pengembara hanya tersenyum.
Tiba-tiba, mereka ternampak seekor gajah liar 500 meter di depan mereka sedang memakan pisang hutan. Lalu pengembara yang tersenyum tadi memberi arahan, "Kamu berdua jangan panik. Atok aku pesan, jikalau terserempak dengan gajah liar, kita mesti jangan bergerak, pura-pura sebatang pokok kayu."
Lalu, mereka semua berdiri dan menegapkan badan. Gajah liar tersebut berjalan ke arah pengembara. Pengembara yang berada dalam ketakutan bertanyakan pengembara yang tersenyum tadi, "Atuk engkau di mana sekarang?"
Pengembara yang tersenyum tadi menjawab, "Atuk aku dah meninggal dunia tahun lalu, kena pijak gajah liar!"
Potong
Friday, 16 May 2008
Sebaik mengambil tempat duduk di ruang menunggu di sebuah klinik, Nazri terpandang Sahrum sedang menangis teresak-esak. Dia segera mendekati Sahrum.
Nazri: "Kenapa menangis?"
Sahrum: "Saya datang untuk ujian darah!"
Nazri: "Awak takut ke?"
Sahrum: "Bukan itu sebabnya, Ketika ujian darah dijalankan mereka memotong jari saya!"
Mendengar penjelasan Sahrum, Nazri pula menangis.
Sahrum: "Eh... kenapa pula awak menangis?"
Nazri: "Saya datang ni untuk ujian air kencing!"
Bertengkar
Monday, 5 May 2008
Seorang lelaki baru sahaja bertengkar dengan isterinya. Habis bertengkar, secara tiba-tiba sahaja isterinya terus mengemas barang-barangnya ke dalam beg.
"Kenapa ni?" lelaki itu bertanya.
Isterinya terhenti sebentar. Dia merenung lelaki itu lalu berkata, "Kita sudah berkahwin lebih lima belas tahun. Dalam masa itu, rumah ini tak pernah aman. Asyik bertengkar saja. Saya sudah tak tahan. Saya nak tinggalkan rumah ini!"
Lelaki itu berfikir sebentar. Dia kemudian berlari ke dalam biliknya dan membawa keluar sebuah beg pakaian.
"Betul juga kata awak. Saya juga dah tak tahan dengan rumah ini. Saya nak ikut awak keluar dari rumah ini!"
Tak Mati Ke Kena Bom?
Thursday, 24 April 2008
Asan dan Sudin telah berjumpa dengan tiga ketul bom tangan. Lalu mereka memutuskan untuk menyerahkannya ke balai polis.
"Bagaimana jika salah satu dari bom ini meletup sebelum kita sampai ke balai?" tanya Sudin
"Itu senang aje.." jawab Asan.
".. kita tipu aja dengan mengatakan yang kita hanya berjumpa dua ketul.."
Hutang
Saturday, 12 April 2008
Seorang anak disuruh oleh ibunya ke kedai untuk berhutang beras.
Anak: "Pakcik, emak suruh saya hutang beras boleh?"
Penjual: "Boleh. Mahu berapa kilo?"
Anak: "2 kilo pakcik"
Penjual: "Nah ambil ni. Balik tu jalan elok-elok tau."
Anak: "Eh! Pakcik, wang bakinya mana? Buat-buat lupa plak dia!"
Siapa ni?
Tuesday, 1 April 2008
Seorang lelaki menalifon hospital untuk memberitahu yang isterinya nak bersalin. Dan jururawat hospital menjawab talipon lelaki tersebut.
Lelaki: "Hello! Tolong saya sebab isteri saya nak bersalin!"
Jururawat: "Sila bertenang, ini anaknya yang pertama ke?"
Lelaki: "Apa la punya bangang! Ni laki dia la!"
Jururawat: "Errrr... "
