Damai Yang Hilang
Friday, 30 January 2009
Munsyid: Nowseeheart
Tercalar pelangi dihiris gerimis
Senja pun merangkak menutup mentari
Terbias warnanya ke wajah
Lagu kedamaian tiada kedengaran
Bumi yang merekah disirami darah
Kemelut melanda tiada kesudahan
Kemusnahan bermaharajalela
Yang lemah menjadi mangsa
Anak-anak kecil mengongcangkan ibunya
Yang lemah longlai tak lagi bernyawa
Jeritan suara batinnya
Tak siapa mendengarnya
Tergadaikan maruah oleh janji-janji
Terbayarkah dengan nyawa dan darah
Soalan yang tiada jawapan
Kemanusiaan telah lama hilang
Kini yang tinggal hanya ketakutan
Musnah kasih sayang dan persaudaraan
Tandus akhlak dan keimanan
Menyemai persengketaan
Dunia Oh Dunia
Sunday, 4 January 2009
Munsyid: Lambaian Kasih
Sepanjang meniti usia
Di alam dunia yang fana
Kemana hilangnya perasaan cinta
Sesama insan yang mulia
Dunia kian ketandusan
Semangat persaudaraan
Semua tenggelam arus perlumbaan
Saudara dipersiakan
Menuju matlamat keduniaan
Yang salah dirempuh jua
Pembangunan insan dipandang ringan
Kemana arah dunia?
Iman imanlah ubatnya
Pencarian tiap jiwa
Kasih buah keimanan
Menyatukan manusia
Terkuburlah sikap mementingkan diri
Menjadi racun dijiwa
Tercapailah hasrat setiap insani
Keamanan di dunia
PadaMu tempatku berdoa
Senjata paling berharga
Perkenankan niat hambaMu yang hina
Semoga semua sejahtera
Cita-Citaku
Saturday, 22 November 2008
Munsyid: Nadamurni
Cita-citaku islam gemilang
Cita-citaku daulahnya berulang
Cita-citaku islam cemerlang
Cita-citaku islam tinggi menjulang
Kawan mari susun barisan
Kita mara ke hadapan
Mari berjuangkan islam
Kita tagih yang dijanjikan
Kawan mari kumpul tenaga
Kita korbankan harta punya
Jangan kita buang masa percuma
Kawan mari kumpul tenaga
Kita korbankan harta punya
Berjuangkan islam hingga berjaya
Kawan jangan tunggu-tunggu lagi
Jangan berangan-angan yang merugi
Dunia menipu kita hindarkan
Cita-cita islam kita tunaikan
Ayuh mari mara kehadapan
Jangan buang masa lagi
Inilah masanya tunjukkan bukti
Ayuh mari mara kehadapan
Jangan buang masa lagi
Kalau benar cintakan islam
Masanya Telah Tiba
Wednesday, 29 October 2008
Munsyid: Soutul Jihad
Album: Inspirasi
Masanya telah tiba
Kita semua bangun bersama
Membela agama tercinta
Umatmu kini sedang merana
Janganlah kita lupa
Peranan umat manusia
Seruan sejak dahulu kala
Sudah lama memanggil kita
Tugasan umat masa kini
Haruslah dipikul bersama
Bergerak menuju satu arah
Segunung rintangan dijinjing bersama
Marilah nyalakan semula
Obor Islam dinul tercinta
Marilah kita berjuang bersama
Janganlah lalai dan leka
Kumpul iktibar serta teladan
Moga kita semua diberkati
Allah Yang Maha Esa
Ukhuwwah yang telah terbuang
Taqwa iman yang telah hilang
Kita bangun kembali keagungan silam
Sedarlah wahai insan
Muslimin sewajarnya bersama
Memadam segala sengketa duka
Kasih sayang berbunga semula
Sepohon Kayu
Saturday, 11 October 2008
Munsyid: Saujana
Sepohon kayu, daunnya rimbun
Lebat bunganya serta buahnya
Walaupun hidup seribu tahun
Kalau tak sembahyang apa gunanya
Kami bekerja sehari-hari
Untuk belanja rumah sendiri
Walaupun hidup seribu tahun
Kalau tak sembahyang apa gunanya
Kami sembahyang fardu sembahyang
Sunatpun ada bukan sembarang
Supaya Allah menjadi sayang
Kami bekerja hatilah riang
Kami sembahyang limalah waktu
Siang dan malam sudahlah tentu
Hidup dikubur yatim piatu
Tinggalah seorang dipukul dipalu
Dipukul dipalu sehari-hari
Barulah dia sedarkan diri
Hidup didunia tiada berarti
Akhirat disana sangatlah rugi
Lailatul Qadar
Tuesday, 23 September 2008
Munsyid: Rabbani
Malam
Lailatul Qadar
Malam Terindah Dari Seribu Bulan
Malam Di Mana Al-Quran Diturunkan
Malam
Laltul Qadar
Malam Ditaburi Rahmat Dan Maghrifahnya
Malam Diberkati Hingga Terbit Sang Fajar
Tiada Tiarai Penghalang
Kurnianya Pasti Bertandang
Mengharum Roma Kerohanian
Unggulnya Dalam Islam
Sucikan Dirimu
Dengan Zikrullah
Terangkat Hijjab
Diampunkan Dosa
Malam
Lailatul Qadar
Malam Terindah dari Seribu Bulan
Malam Di Mana Al-Quran Diturunkan
Malam
Lailatul qadar
Malam Ditaburi Rahmat dan MaghrifahNya
Malam Diberkati Hingga Terbit Sang Fajar
Tiada Tirai Penghalang
Kurnianya Pasti Bertandang
Mengharum Roma Kerohanian
Unggulnya Hanya Dalam Islam
Sucikan Dirimu
Dengan Zikrullah
Terangkat Hijjab
Malam Terindah... Lailatul Qadar
Rahsia Ramadhan
Tuesday, 9 September 2008
Munsyid: Nadamurni
Album: Koleksi Nasyid Ramadhan & Syawal
Pada bulan ramadhan
Ada hikmah puasa
Ada hikmah Al-Quran
Ada hikmah ibadah
Ada lailatul qadr
Ada hikmah puasa
Ada hikmah Al-Quran
Ada hikmah ibadah
Ada lailatul qadr
Kalau kita berpuasa
Mengikut aturannya
Kita baca Al-Quran
Faham kehendaknya
Sungguh indah rasanya
Kita beribadah
Dapat menyelam rahsia
Akal kita cerah
Jiwa kita hidup
Fizikal kita cergas
Pada bulan ramadhan
Kekuatan itu ada
Jika dapat kita tempuh
Dengan sebaiknya
Ketiga-tiga anggota
Kita ada peranannya
Kita akan memiliki
Sifat taqwa
Itulah rahsia ramadhan
Yang tersembunyi
Tidak dapat dilihat
Oleh mata kepala
Ia hanya dapat dilihat
Oleh mata hati
Berbahgia orang mendapat
Segala hikmahnya
Hadapilah ramadhan
Dengan sebaik-baiknya
Jagalah pantang larangnya dengan sempurna
Berbuatlah amalan
Dengan jiwa raga
Moga kita menjadi
Orang yang terpelihara
Pada bulan ramadhan
Ada hikmah puasa
Ada hikmah Al-Quran
Ada hikmah ibadah
Ada lailatul qadr
Ada hikmah puasa
Ada hikmah Al-Quran
Ada hikmah ibadah
Ada lailatul qadr
Ada hikmah puasa
Ada hikmah Al-Quran
Ada hikmah ibadah
Ada lailatul qadr
Ada hikmah puasa
Ada hikmah Al-Quran
Ada hikmah ibadah
Ada lailatul qadr
Palestina
Sunday, 24 August 2008
Munysid: Ar-Royyan
Album: Ibu
Surah Al-Hajj (22: 39-40)
39. أُذِنَ لِلَّذِينَ يُقَاتَلُونَ بِأَنَّهُمْ ظُلِمُوا ۚ وَإِنَّ اللَّهَ عَلَىٰ نَصْرِهِمْ لَقَدِيرٌ
Diizinkan berperang bagi orang-orang (Islam) yang diperangi (oleh golongan penceroboh), kerana sesungguhnya mereka telah dianiaya dan sesungguhnya Allah Amat Berkuasa untuk menolong mereka (mencapai kemenangan).
40. الَّذِينَ أُخْرِجُوا مِنْ دِيَارِهِمْ بِغَيْرِ حَقٍّ إِلَّا أَنْ يَقُولُوا رَبُّنَا اللَّهُ ۗ وَلَوْلَا دَفْعُ اللَّهِ النَّاسَ بَعْضَهُمْ بِبَعْضٍ لَهُدِّمَتْ صَوَامِعُ وَبِيَعٌ وَصَلَوَاتٌ وَمَسَاجِدُ يُذْكَرُ فِيهَا اسْمُ اللَّهِ كَثِيرًا ۗ وَلَيَنْصُرَنَّ اللَّهُ مَنْ يَنْصُرُهُ ۗ إِنَّ اللَّهَ لَقَوِيٌّ عَزِيزٌ
Iaitu mereka yang diusir dari kampung halamannya dengan tidak berdasarkan sebarang alasan yang benar, (mereka diusir) semata-mata kerana mereka berkata: Tuhan kami ialah Allah dan kalaulah Allah tidak mendorong setengah manusia menentang pencerobohan setengahnya yang lain, nescaya runtuhlah tempat-tempat pertapaan serta gereja-gereja (kaum Nasrani) dan tempat-tempat sembahyang (kaum Yahudi), dan juga masjid-masjid (orang Islam) yang sentiasa disebut nama Allah banyak-banyak padanya dan sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong agamaNya (agama Islam); sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa;-
*************************************
Bebaskan Palestina dari kaum jahiliah
Bebaskan Palestina dari kaum jahiliah
Kaum yahudi pembakar nyata didunia
Bebaskan Palestina
La ilaha illAllah
La ilaha illAllah
La ilaha illAllah
Allahu Akbar!
Saatnya telah datang
Satukan keputusan
Jangan tunda kebenaran
Perangi musuh Tuhan
Saatnya telah datang
Satukan keputusan
Jangan tunda kebenaran
Perangi musuh Tuhan
La ilaha illAllah
La ilaha illAllah
La ilaha illAllah
Allahu Akbar!
La ilaha illAllah
La ilaha illAllah
La ilaha illAllah
Allahu Akbar!
Bebaskan Palestina dari kaum jahiliah
Kaum yahudi pembakar nyata didunia
Bebaskan Palestina
Kobarkanlah api girang
Mengusung tinggi kalimatullah
Palestina telah terbakar
Songsonglah jihad menuju Allah
Allah Allah
Allah Allah
Allah Allah
La ilaha illAllah
Kobarkanlah api girang
Mengusung tinggi kalimatullah
Palestina telah terbakar
Songsonglah jihad menuju Allah
Allah Allah
Allah Allah
Allah Allah
La ilaha illAllah
Lindungi Ya Allah
Maha suci Allah
Kami datang kepadaMu
Allahu Akbar!
La ilaha illAllah
La ilaha illAllah
Saatnya telah datang
Satukan keputusan
Jangan tunda kebenaran
Perangi musuh Tuhan
Saatnya telah datang
Satukan keputusan
Jangan tunda kebenaran
Perangi musuh Tuhan
La ilaha illAllah
La ilaha illAllah
La ilaha illAllah
Allahu Akbar!
La ilaha illAllah
La ilaha illAllah
La ilaha illAllah
Allahu Akbar!
Bebaskan Palestina dari kaum jahiliah
Kaum yahudi pembakar nyata didunia
Bebaskan Palestina
Jamal
Tuesday, 12 August 2008
Ebdaa Band
هــذا الــــرســـــــول إذا يبســـمُ تــــــرى الأرض نــــوراً فلا تظــلـــــمُ
وثــــــغر الحبيب إذا مــــا بـــــــدا يــــــــــداوي القــلــوب فلا تسـقــمُ
محياه طلـق كقطـــــر النــــــــدى علـى حســـنــــه دائمــــا أُقســــمُ
و وجـــه جميــل كبــــدر الدجـــى ينيــــــــــر الـــــوجـود فـــــــلا يُعتــمُ
إذا الليــلُ طــال بــــدا وجـــهــــــه كــفجـــر الــصبــــــاح إذا يُــــــرســمُ
وتــــــلك اللآلــئ فــي ثـغــــــــره عـقــــــــودُ الجمــــان غـــدت تُنـظـمُ
وأنفـــــاسه روضـةٌ مـــــــن عبيـــر هـــي الطيــــب فــــاح هي البلسمُ
يـهــيم الخــلائـق فـي بـعـضـهـــم وفيـــــــك أهيــــــــم و لا أســــــــأمُ
Kau Sahabat Kau Teman
Wednesday, 30 July 2008
Munsyid: Hijjaz
Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
Kerana takdir yang Maha Esa telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mngenangkan
Kau sahabatku kau teman sejati
Tulus ikhlasmu luhur budimu bagai tiada pengganti
Senyum tawamu juga katamu menghiburkan kami
Memori indah kita bersama terus bersemadi
Kau sahabatku kau teman sejati
Sudah ditakdirkan kau pergi dulu
Di saat kau masih diperlukan
Tuhan lebih menyayangi dirimu
Ku pasrah diatas kehendak yang Esa
Ya Allah, tempatkannya di tempat yang mulia
Tempat yang kau janjikan nikmat untuk hamba Mu
Sahabatku akan ku teruskan perjuangan ini
Walau ku tahu kau tiada di sisi
Perjuangan kita masih jauh beribu batu
Selagi roh masih di jasad hidup diteruskan
Sedih rasa hati ini mengenangkan dikau
Bagai semalam kau bersama kami
Moga amanlah dan bahagia dikau di sana
Setangkai doa juga Fatehah terus kukirimkan
Moga di sana kau bersama para solehin
Ku sahabatku kau teman sejati
@ Stong, Kelantan, Dabong
@ Saat-saat terakhir
@ Inna lillah wa inna ilaihi raji'oon
Selipar Tat Sing Kesayangan (Saiz 11)
23 Zulhijjah 1428 - 26 Rejab 1429
Kau sahabatku, kau teman sejati..
Airmata Keinsafan
Thursday, 17 July 2008
Munsyid: The Zikr
Air mata keinsafan
Yang mengalir di malam sepi
Inilah dia pelembut jiwa
Bagi mendapat kasih Ilahi
Rintihan di pertiga malam
Dari seorang hamba yang dhoif
Kerna mengenang segala dosa
Moga mendapat keampunan dari Ilahi
Setiap kekasih Allah
Menempuhi jalan ini
Untuk mereka memiliki kejayaan
Ayuh bersama kita susuli
Perjalanan kekasih Allah
Agar kita tiada rugi
Dalam meniti hidup ini
Deraian air mata ini
Titisan yang paling berharga
Buat menyimbah api neraka
Moga selamat di titian Sirat
Bahagia menuju syurga abadi
Antara Mata dan Hati
Saturday, 5 July 2008
Munsyid: Hijjaz
Album: KeizinanMu
Bila melihat alam yang indah ini
Tidak terasa kebesaran Allah
Bila mendapat musibah lupa dirinya hamba
Nikmat yang datang tiada rasa darinya
Sepatutnya rasa malu kepadanya
Kerana anugerahnya kepada kita
Membuat dosa rasa kekesalannya
Buta hati lebih merbahaya
Buta mata tidak nampak dunia
Buta hati tidak nampak kebenaran
Buta hati ditipu nafsu dan syaitan
Bahkan dilupakan saja
Semua orang rasa bangga dengan dosa
Bila menyebut neraka
Tidak terasa akan gerunnya
Bila menyebut syurga
Tidak terasa akan nikmatnya
Itu menunjukkan
Jiwa kita mati atau buta
Sketsa Kehidupan
Friday, 20 June 2008
Munsyid: The Zikr
Album: Secerah Pawarna
Kesenangan yang datang
Tak akan selamanya
Begitulah selepas susah
Ada kesenangan
Seperti selepas malam
Datangnya siang
Oleh itu waktu senang
Jangan lupa daratan
Gunakan kesempatan untuk kebaikan
Sebelum segalanya terlepas dari genggaman
Kelak menyesal nanti tak berkesudahan
Apa gunanya sesalan hanya menekan jiwa
Jangan difikir derita akan berpanjangan
Kelak akan membawa putus asa pada tuhan
Ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan
Setelah kabus berlalu pasti cerah kembali
Ujian adalah tarbiyah dari Allah
Apakah kita kan sabar ataupun sebaliknya
Kesenangan yang datang selepas kesusahan
Semuanya adalah nikmat dari tuhan
Ghorbah
Sunday, 8 June 2008
Munsyid: Ebdaa Band
جـئت من شـوقي أعــاني في الهوى جور الزمــاني
أرســـل الأشعــار لحـــنـاً صـادقــاً عــذبـاً وحـــاني
فـجـأة مـن بعـد عـمـــري لـن أرى أغـلـى مكــــاني
وانكــوى مــني فــــؤادي كاليــتـــيـــم إذا يعـــانــي
يو دانه يوداني دانه
يــا ربــوعــــاً لــن أراهـــــــا عشـت يـومـاً فـي ربـاهـا
كـــانـت الـنــفــس تـغــنــي وتــرى فــيــهـــا صـبــاهــا
وريــــــاضــــاً كــم رتــعـنـــــا وانـطـلـقـنـا فـي سـمـاهــا
ســوف تـبـقـى فـي خيالي كـالـجـنــان فـي بـهـــاهــا
يو دانه يوداني دانه
إن رحــلــت الآن قــلـبـــــي ســـوف أهــديــك وحــبي
ودمـوعي ســــوف تـــــروي قــصـة الـشــوق بــدربـي
وعــلى الذكـــرى ســـأبـقى أقــــســـــم الآن بـــربـــي
لـسـت أنـسـى فـيـك حـبي بــيــن أضــلاعــي يــلـبـي
يو دانه يوداني دانه
مــوطــنـي يـــا عـــــز ذاتـي يــــــا ربــيــع الأمـنــيــاتـي
أنت لـو تـهــــــــت مـــــلاذي عـنـدمــا تـقـسـو حــيـاتـي
أنـت فـي القـلـــــب شـــراع كـــــان لي طــوق النــجــاة
ســيـظــل العـشـــق فــيـــك ولـهــي حـتـى الــمـمـــــات
Kasihmu Amanahku
Wednesday, 28 May 2008
Munsyid: In-Team
Album: Damba Kasih
Pernikahan menyingkap tabir rahsia
Suami isteri inginkan keluarga yang bahagia
Dan mengharapkan sebuah bahtera indah
Untuk bersama belayar ke muara
Pernikahan, menginsafkan kita
Perlunya iman dan takwa, meniti sabar dan redha
Bila masa senang syukuri nikmat Tuhan
Susah mendatang tempuhi dengan tabah
Isteri janji telah dipateri
Diijab kabulkan dan dirahmati
Detik pertemuan dan pernikahan
Yang dihujani air mata kasih
Demi syurga Ilahi
Suami jangan menagih setia
Umpama Hajar dan setianya Zulaikha
Terimalah seadanya yang terindah
Di lubuk hatimu
Isteri adalah amanah buatmu
Pernikahan mengajar tanggungjawab bersama suami dan isteri
Isteri hamparan dunia
Suami langit penaungnya
Isteri ladang tanaman
Suamilah pemagarnya
Isteri bagai kejora
Suami menjadi purnama
Tika isteri beri hempedu
Suami tabah menelannya
Tika suami terteguk racun
Isteri carilah penawarnya
Sungguh isteri rusuk yang rapuh
Berhati-hatilah meluruskannya
Rembulan Di Langit Hati Ku
Saturday, 17 May 2008
Munsyid: Seismic
Album: Terlabuhkan Rumahku Syurgaku
*Versi Akustik
Rembulan di langit hatiku
Menyalalah engkau selalu
Temani kemana mesti ku pergi
Mencari tempat kita tuju
Kan ku jaga nyalamu selalu
Pelita perjalananku
Kan kujaga nyalamu selalu
Rembulan di langit hatiku
Rembulan di langit hatiku
Teguhlah engkau pandu aku
Ingatkanlah ku bila tersalah
Menuju tempat kita tuju
Doakanlah ku di shalat malammu
Pelita perjalananku
Doakanlah ku di shalat malammu
Rembulan di langit hatiku
Amanat
Tuesday, 6 May 2008
Munsyid: Debu
Ada banjir ada hujan,
Begitu pula kemarau,
Gempa bumi dan longsoran,
Di sini juga di rantau.
Dihancurkan hutan-hutan,
Tanpa hirau akibatnya,
Apalagi lautan-lautan,
Mati karang dan ikannya.
Bencana di mana-mana,
Laut gelora amuk topan,
Mengisyaratkan yang nyata,
Sikap manusia tak sopan.
Lihatlah kebinasaan,
Amanat dikhianati,
Inilah keseluruhan,
Kerugian yang sejati.
Dunia adalah amanat,
Dari Allah pada kita,
Manusia yang berkhianat,
Dan akhirnya dukacita.
Masalah lingkungan hidup,
Adalah masalah akhlak,
Renungkanlah kalau sanggup,
Itulah aturan mutlak.
Yang wajib adalah tobat,
Di seluruh muka bumi,
Yakni tobat masyarakat,
Insan perlu memafhumi.
Destinasi Cinta
Friday, 25 April 2008
Munsyid: Mestica
Album: Layar Keinsafan
Menyingkap tirai hati
Mengintai keampunan
Di halaman subur rahmatMu, Tuhan
Tiap jejak nan bertapak
Debu kejahilan
Akan ku jirus dengan madu keimanan
Tak ternilai airmata dengan permata
Yang bisa memadamkan api neraka
Andai benar mengalir dari nasuha nurani
Tak kan berpaling pada palsu duniawi
Destinasi cinta yang ku cari
Sebenarnya terlalu hampir
Hanya kabur kerana dosa di dalam hati
Telah ku redah daerah cinta
Yang lahir dari wadah yang alpa
Tiada tenang ku temui
Hanya kecewa menyelubungi
Ku gelintar segenap maya
Dambakan sebutir hakikat
Untuk ku semai menjadi sepohon makrifat
Moga dapat ku berteduh di rendang kasihMu
Namun ranjaunya tidak akan sunyi
Selagi denyut nadi belum berhenti
Durjana syaitan kan cuba menodai
Segumpal darah bernama hati
Destinasi cinta Ilahi
Lestarikan wadi kalbuku, oh Tuhanku
Leraikan aku dari pautan nafsu
Biarpun sukar bagiku melamar redhaMu
Namun masihku mengharap ampunan-Mu
Wahai Tuhanku..
Ya Allah..
Isteri Solehah
Sunday, 13 April 2008

Munsyid: The Zikr
Album: Secercah Pewarna
Isteri cerdik yang solehah
Penyejuk mata
Penawar hati
Penajam fikiran
Di rumah ia isteri
Di jalanan kawan
Di waktu kita buntu
Dia penunjuk jalan
Pandangan kita diperteguhkan
Menjadikan kita tetap pendirian
Ilmu yang diberi dapat disimpan
Kita lupa dia mengingatkan
Nasihat kita dijadikan pakaian
Silap kita dia betulkan
Penghibur diwaktu kesunyian
Terasa ramah bila bersamanya
Dia umpama tongkat sibuta
Bila tiada satu kehilangan
Dia ibarat simpanan ilmu
Semoga kekal untuk diwariskan
Mati
Wednesday, 2 April 2008
Munsyid: Hijjaz
Album: Pelita Hidup II
Kullu nafsin dzaa'iqatul maut..
Sampailah waktu ajal kan datang
Malaikat maut segera menjelang
Dicabut nyawa tiada terbilang
Sakit terasa bukan kepalang
Mati itu terlalu sakit
Di dalam kubur terlalu sempit
Ular dan kala datang menggigit
Papan dan bumi pula menghimpit
Masuklah mayat kedalam bumi
Mungkar dan Nangkir tanyakan diri
Tiada terjawab amalan sendiri
Dipukul malaikat ke dasar bumi
Setelah dikubur baru menyesal
Teringat diri membuat dosa
Teringat diri tiada beramal
Tak mungkin lagi pulang kedunia
Mati itu terlalu lazat
Bagi syuhada di medan jihad
Oleh lah itu wahai sahabat
Iman di dada perlu ditingkat
