Showing posts with label kenangan silam. Show all posts
Showing posts with label kenangan silam. Show all posts

Kau Sahabat Kau Teman

Wednesday, 30 July 2008



Munsyid: Hijjaz

Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
Kerana takdir yang Maha Esa telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mngenangkan
Kau sahabatku kau teman sejati

Tulus ikhlasmu luhur budimu bagai tiada pengganti
Senyum tawamu juga katamu menghiburkan kami
Memori indah kita bersama terus bersemadi
Kau sahabatku kau teman sejati

Sudah ditakdirkan kau pergi dulu
Di saat kau masih diperlukan
Tuhan lebih menyayangi dirimu
Ku pasrah diatas kehendak yang Esa

Ya Allah, tempatkannya di tempat yang mulia
Tempat yang kau janjikan nikmat untuk hamba Mu
Sahabatku akan ku teruskan perjuangan ini
Walau ku tahu kau tiada di sisi

Perjuangan kita masih jauh beribu batu
Selagi roh masih di jasad hidup diteruskan
Sedih rasa hati ini mengenangkan dikau
Bagai semalam kau bersama kami

Moga amanlah dan bahagia dikau di sana
Setangkai doa juga Fatehah terus kukirimkan
Moga di sana kau bersama para solehin
Ku sahabatku kau teman sejati




@ Stong, Kelantan, Dabong

@ Saat-saat terakhir

@ Inna lillah wa inna ilaihi raji'oon

Selipar Tat Sing Kesayangan (Saiz 11)
23 Zulhijjah 1428 - 26 Rejab 1429
Kau sahabatku, kau teman sejati..

Read More...

Posted by hAiRiL/spiderman_pink at 23:32 0 comments  

Anjat boboi! :P

Tuesday, 18 December 2007

Assalamu'alaikum wrt wb

ahad lepas usrah ana keluar makan di Swensons Lapangan Terbang Changi Terminal 2. ana ingatkan adalah nak buat usrah ke apa. heran juga kenapa lah buat jauh-jauh. walaupun pulau singapura ni kecil, tapi dari barat nak ke timur perit juga tau :P

bila datang je semua orang pakai baju pink. lagi musykil nih. sahabat ana ada gak pesan hari sebelum tu untuk pakai jubah pink, tapi ana ingat dia gurau je. lagipun sepink-pink ana pun, ana tak ada jubah pink. belum lagi kot :D

dalam hati ana memang rasa ada yang tak kene je. tapi husnu dzhon lah kan. seperti biasa kami bergurau senda dan menyakat satu sama lain kalahkan budak kecik. tanya khabar masing-masing. rindu betul dengan ikhwah yang tersayang. bukannya selalu dapat jumpa mereka. terlerailah rindu yang kian lama terpendam. Allah Maha Mengetahui.

alhamdulillah dah selesai makan semua, kami pun tak panggil pelayan untuk hidangkan aiskrim "Giant Earthquake" yang dipesan awal tadi.

ridzwan: "excuse me, but i would like to enquire about the giant earthquake ice cream we ordered earlier just now"

pelayan: "...???" *tercengang kejap. muka dah cuak macam dia ada buat salah*

spiderman_pink: "can we have our ice cream please? ^_^"

pelayan: "ooh! sure. i'll get it for you"

lesson learnt - keep it simple! haha.

lepak ar wan. susah jugak kalau dah pandai sangat ni. nanti kalau dah kahwin macam mana entah budak ni. komfem isteri dia asik tercengang je :P

tiba-tiba ridzwan buat pengumuman. ana ada lah ingat nak salah satu dari kami yang dah nak kahwin. gembira sungguh! rupa-rupanya...


zalim tau korang. kalau ana ternangis pat situ caner? :P


hanif: kau kalau rindu aku pat syria nanti, main ni ah. nanti teringat aku :D


casing hitam..


..tapi dalam pink!


*hearts* ^_^


ni paling tak redha k. pink, yes. pious dengan hot? susah nak terima! :PPPPPPP


walaupun nanti jauh dimata, tapi dekat di hati insha Allah

Read More...

Posted by hAiRiL/spiderman_pink at 23:32 1 comments  

Eid ul Adha

Tuesday, 11 December 2007

Assalamu'alaikum wrt wb.

Ya ikhwah, tak lama lagi eid ul adha akan menjelang. Memandangkan ini eid ul adha yang terakhir sebelum ana berangkat, dan kalau ana masih hidup lagi, tahun ini ana akan bersama kambing-kambing di masjid al-iman. Macam romantic gitu eh bersama-sama kambing :D


(Pemotong daging yang terhebat seantara dunia!)

Ingat lagi tak antum? Rasa macam begitu cepat masa berlalu kan, tapi sedar atau tidak sudah hampir setahun berlalu. Kenangan di Masjid Asy Syafaah masih lagi segar diingatan.

Nahnu bertiga, ana, hanif dan rabbany tiba di masjid jam 11 lebih malam. Disusuli wan yang tiba lebih kurang jam 12.

Bila sampai saja, kumpulan belia di sana sedang di pertengahan taklimat. Tugas-tugas diagihkan. Kerana nahnu asyik tangkap kambing pada tahun-tahun lepas, kasi chan lah budak-budak baru bergusti kali ini. Nahnu pun setuju dengan tugas menyiat kulit kambing.


(*ehem*ehem* Yours Truly~)

Seronok kan kongsi nasi sebungkus. Tapi pedas lah. Hampir jam satu, nahnu pun naik ke atas mencari tempat untuk tidur. Esok hendak kerja keras kan.

Alangkah terkejutnya apabila nahnu dikejutkan pada jam 2 pagi! Katanya ada kambing yang sedang nazak. Kan belia masjid ramai? Awat pendekar bujang lapok yang bertauliah ni pula yang diganggu? Chis bedebah. Baru nak tidur nyenyak mimpikan bidadari dari syurga. Bukannya selalu tidur di masjid :P

Ingat dorang bedek je, nahnu pun tidur lah balik hehe. Sekali dorang kejut lagi. Ikutkan hati nak je sembelih dorang. Tapi tak sampai hati. Memandangkan nahnu yang paling tua dan hensem antara mereka, nahnu ikutkan je lah.


(rabbany, sama lah! Adik-beradik ke? :D )

Sampai dibawah je, kambing dah sedia untuk disembelih. Ramai pula belia-belia yang berkerumun di situ. Jakun agaknya. Tu pun lagi nak kejut nahnu. Geram betul rasa.

Dah selesai sembelih dan digantung kambing itu, giliran kami lah menyiat. Satu-satu belia lesap. Padahal tadi boleh buat dua pasukan bola sepak siap dengan pengadil dan penonton. Tau-tau semua cabut. Tinggalah nahnu berempat, seekor kambing, dan bunyi cengkerik -_-"


(Seeeeekill ar hanif! *tabik spring*)


(wan, kambing tu dah mati lah. potong macam serial killer seh :P )


(buat kerja apa pun, gaya mesti ada. yeah! :D )

Alhamdulillah, tugas itu dapat juga diselesaikan. Pada mulanya, memang ana rasa geram amat sangat dengan sikap belia masjid itu. Rasa tak puas hati betul. Dah lah kene siat, kene potong pulak. Dahtu nak kene simpan dalam peti sejuk lagi! Tapi ana sedar, mungkin itulah pengorbanan kecil dari ana. Bila datang kesusahan, yang lain semua berpaling tadah. Tinggalah ikhwah yang tersayang disisi. Nahnu sanggup berkorban, untuk tetap teguh bersama. Dan bila yang lain nyenyak tidur, nahnu berkorban untuk menguruskan kan daging kambing tu. Yang berlaku pasti ada hikmahnya. Dan apa yang ana tidak suka itu, mungkin baik bagi ana. Allah maha mengetahui, dan ana tidak.

Ya ikhwah, ana uhibbukum fillah abadan abada!

http://www.flickr.com/photos/80866545@N00/sets/72157603445639687/

Read More...

Posted by hAiRiL/spiderman_pink at 23:32 2 comments  

Jalan Raya

Sunday, 4 November 2007


Sepet eh mata macam orang cina? Ada keturunan cina kot, tapi macam mana entah kulit boleh gelap macam bangla hehe..



Tengok apa tu?



"Ril tengoklah. Dah lah pakai macam ni, abih santai tepi pool. Tak senonoh seh"



Tawadhu n_n



Remy, Ridzwan, spiderman_pink, Saiful



Jalan Raya kan? :D

Read More...

Posted by hAiRiL/spiderman_pink at 23:32 0 comments  

Gurindam Jiwa

Friday, 5 October 2007





R.Ismail & Rafeah Buang - Gurindam Jiwa
(P)
Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
(L)
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan
(P)
Anak cina pasang lukah
Lukah dipasang di Tanjung Jati
Di dalam hati tidak kulupa
Sebagai rambut bersimpul mati
(L)
Batang selasih permainan budak
Daun selasih dimakan kuda
Bercerai kasih talak tiada
Seribu tahun kembali juga
(P)
Burung merpati terbang seribu
Hinggap seekor di tengah laman
(L)
Hendak mati di hujung kuku
Hendak berkubur di tapak tangan
(L&P)
Kalau tuan mudik ke hulu
Carikan saya bunga kemboja
Kalau tuan mati dahulu
Nantikan saya di pintu Syurga.

Read More...

Posted by hAiRiL/spiderman_pink at 16:16 0 comments  

Iftar di Masjid Jamek Queenstown

Tuesday, 2 October 2007

Jam menunjukkan waktu 6:57 petang.

Jemaah sudah duduk teratur. Juadah hari ini macaroni goreng, bubur, kari ayam, roti. Tak lupa juga kuih putri salat, epok-epok dan buah-buahan. Bunyi perut-perut bedentam-dentum kalahkan Kallang Wave. Masing-masing sudah menyediakan kurma ditangan, khusyuk menunggu azan berkumandang.

Akhirnya kedengaran bunyi mikrofon diketuk, tanda azan akan dilaungkan sejurus selepas itu. Tepat jam 6:58 petang..

"DAH BOLEH MAKAN!"

Semua orang ketawa :D

Azan pun berkumandang. Alhamdulillah!

Read More...

Posted by hAiRiL/spiderman_pink at 23:32 2 comments  

Makbulnya Doa Ibu

Wednesday, 1 August 2007

"Ok lah I'm going out already"

"Pergi mana? Dating eeeh? Tak ajak seh!"

"Haha. Main bola ah. Woodlands"

"Wah! Nak join! Kaki dah gatal ni lama tak tendang orang. Oops jari tersasul. Tendang bola"

"Serious nak join? Ok meet me at Woodlands MRT, 3pm. Don't be late ok."

Boot bola, baju, seluar, stokin semua siap dalam masa 5 minit. Begitu ghairah sekali rasanya. Al-maklumlah kali terakhir main bola pun berbulan-bulan purnama yang lalu. Boot bola pun dah tumbuh cendawan. Keluar dari bilik saja terlihat ummi, abi dengan adik di luar. Kebetulan dorang pun nak keluar. Boleh lah tumpang, sep duit tambang.

"Pergi main bola?"

"Taklah, nak gi masuk meminang he he"

"Mentel!"

"A'ah. A'ah gi main bola tau, bukan a'ah mentel. Woodlands ah. Tumpang eh!"

"Woodlands? Ah belikan ummi cheese tarts dekat Causeway Point!"

"Boleh insha Allah!"

Dalam hati, fikiran macam mana. Nak beli cheese tarts dulu bawak pergi bola, silap-silap penyek dibuatnya. Nak main bola dulu baru pergi ke kedai tu, dah kene patah balik. Padang bola dengan Causeway Point jauh juga, dalam 15-20 menet ada. Dengan bau peluh yang wangi harum bak kasturi lagi. Nak cakap cheese tarts dah habis, bohong dosa pulak. Ya Allah, masa itu emas. Tapi ummi tetap pujaan hatiku. Kau tolonglah aku!

Sebelum keluar dari kereta, salam ummi, abi dengan adik. Apabila kereta bergerak pergi, awan mula mendung. Selang beberapa minit, diikuti hujan yang turun dengan lebat yang amat sangat. Alhamdulillah hujan rahmat.

"Where are you? Dah sampai eh?"

"Dah alhamdulillah. Tapi hujan lebat tau. SUspek kuat padang pun dah jadi sawah padi."

"My friend pun cakap cancel ar. Sorry eh."

Hai cheese tart, rezeki kau lah nari. Untung betul kene makan dengan ummi. Ummi, ummi. Makbulnya doamu! Doakan anakmu kahwin dengan cepat!

Read More...

Posted by hAiRiL/spiderman_pink at 00:00 7 comments  

nasihat abang

Tuesday, 26 June 2007

"Abang, yang selalu dengan abang tu, isteri abang ke?"

"A'ah. Baru jugak kahwin."

"Oh. Mesti best kan?"

"Haha. Mestilah. Adik tu, kalau ada rezeki, jangan lengahkan perkahwinan."

"Eh, adik baru 14 lah abang. Tapi bedek lah kalau adik cakap adik tanak kahwin heheeeee."

"Bagus lah kalau ada cita-cita tu. Tapi jangan pulak asik berangan aje."

"Umur abang berapa?"

"25."

"Abih isteri abang?"

"20."

"Wah. 25 dah kahwin? Ikut sunnah eh?"

"Haha. Pandai lah adik ni. Mmm, adik kalau nak kahwin, biar 25 tahun. Selain dari ikut sunnah, masa tu lah kita masih bertenaga. Tak terlalu muda, tak terlalu tua. Pasangan kita pula biar jarak umur 5 tahun, kerana orang perempuan ni sebenarnya lebih matang dari umur mereka. Kalau kita cari yang sama umur dengan kita, besar kemungkinan dia akan lebih matang dari kita. Nanti kita rasa tak selesa."

"Oh... Insha Allah."

"Mari, kita solat 2 raka'at lepas tu sambung tawaf."

"Jom!"

Allahumma ameen ya Allah!

Read More...

Posted by hAiRiL/spiderman_pink at 00:08 0 comments