Tuesday, 2 October 2007

Iftar di Masjid Jamek Queenstown

Jam menunjukkan waktu 6:57 petang.

Jemaah sudah duduk teratur. Juadah hari ini macaroni goreng, bubur, kari ayam, roti. Tak lupa juga kuih putri salat, epok-epok dan buah-buahan. Bunyi perut-perut bedentam-dentum kalahkan Kallang Wave. Masing-masing sudah menyediakan kurma ditangan, khusyuk menunggu azan berkumandang.

Akhirnya kedengaran bunyi mikrofon diketuk, tanda azan akan dilaungkan sejurus selepas itu. Tepat jam 6:58 petang..

"DAH BOLEH MAKAN!"

Semua orang ketawa :D

Azan pun berkumandang. Alhamdulillah!

2 comments:

  1. haha..

    kalau nadhrah.. for a few days tu.. bila azan maghrib aje.. dia cakap 'YEEAY!'

    padahal dia puasa half day je.

    but even she felt the joy of maghrib, time Ramadhan :D

    ReplyDelete
  2. imam lepak ah. takleh angkat seh dengan suara frankenstein dia yang sumbang tu masa cakap "dah boleh makan". orang semua adalah tengah tunggu azan :D

    ada satu insiden, di masjid al-falah. orang semua dah duduk tengah tunggu ar. lagi 5 menet gitu maghrib. tiba-tiba ada mamat ni dekat hujung tikar terus azan. lepastu dia ketawa. nasib dia istimewa. kalau tak dah kena bedal gaknya hehe

    ReplyDelete